4 ATAU 77 HANYALAH SEKADAR ANGKA!

Semalam di Madrasah Seni, betul namanya memang sebegitu, surau atau madrasah yang melaksanakan aktiviti seninya secara aktif, meraikan majlis ulangtahun ke-77 Sasterawan Negara/Sasterawan Rakyat A. Samad Said. Walaupun tarikh sebenarnya ialah pada 9 April, namun kerana beberapa masalah teknikal penganjurnya, baru semalam dapat dilaksanakan.

Uniknya majlis tersebut yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat yang diterajui oleh Dinsman dan juga Madrasah Tarbiyah, Kampung Banda Dalam yang diketuai oleh Cikgu Ishak Surin selaku Pengerusi Madrasah. Walaupun hanya kenalan dan rakan-rakan Paksi yang hadir dengan tidak sampai 30 orang dan hanya dilakukan di sebuah surau, namun sangat mengesankan. Seperti yang diungkapkan sebagai ‘majlis elit’, meraikan SN/SR untuk ulangtahunnya pada kali ini amat bermakna.

Gambar ihsan: http://kartunrossem.blogspot.com

Dengan pengucapan teman-teman dan kenalan serta rakan-rakan Paksi, majlis dimulai oleh Pak Shukur Harun, aktivis dan penulis yang tidak asing lagi. Memberikan semacam anekdot ringkas bagaimana seorang seniman malah Sasterawan Negara boleh terlibat dengan perjuangan rakyat. Presiden Seniman Paksi Rakyat, Dinsman yang bercakap panjang mengenai pencariannya untuk menemukan seorang tokoh budayawan yang mampu berdiri di tengah-tengah rakyat telah begitu kagum dengan apa yang dibuktikan oleh penglibatan Pak Samad.

Pak Samad yang kini menjadi ikon sasterawan yang turun di tengah jerit rakyat apabila turut sama ketika membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kini menjadi Pengerusi Bersama Bersih bagi menuntut pilihanraya umum yang bersih telus, dan adil.

Apabila Pak Samad bercakap di majlis tersebut, dia bersyukur diberi nafas yang panjang namun sentiasa mempersoalkan mengapa Tuhan memilih untuk memanjangkan usianya dan akhirnya dia merasakan bahawa Tuhan memang mahu dia melakukan sesuatu demi negaranya. Maka selepas lebih tujuh puluh tujuh tahun mengharungi hidup daripada sebelum perang, sewaktu perang, sebelum merdeka, sesudah merdeka sehinggalah pada masa ini, Pak Samad membuat keputusan dia harus melakukan sesuatu – “saya tak mahu mati sia-sia. saya mahu gunakan sisa usia yang ada ini untuk perjuangan bangsa dan anak cucu.”

Seperti usia Pak Samad yang diraikan semalam, hari ini, empat tahun yang lalu, blog kakisakat ini dimayakan pada tahun 2008, sesuai dengan kata-kata dalam profilnya iatu: “Blog ini adalah catatan peribadi. Bukan tujuan mencanang jauh sekali menunjuk. Meminjam kata SN/SR A. Samad Said – canang peribadi canang angkuh. Sewajarnya catatan dalam blog ini dapat dimanfaatkan semua. InsyaAllah.”

Blog ini terus merakam pelbagai tulisan yang bukan semua bersetuju dengan pendapat umum malah dalam sesetengah keadaan sangat kritikal sifatnya. Walaupun adakalanya entri blog ini agak perlahan malah kadang-kadang hampir tiada disebabkan kekangan tugas hakiki – cari makan!

Walaupun blog kakisakat tidak sepopular atau begitu dikenali seperti blog-blog lain yang semacam ‘satu hala’, kaki sakat cuba untuk memberikan dimensi baru kepada kebenaran daripada perspektif yang berbeza, melihat kebenaran tanpa melihat pihak-pihak yang terlibat. Dalam ertikata yang mudah, hatta tanpa mengira sama ada pihak pro Kerajaan mahupun pembangkang.

Seperti usia Pak Samad yang mencecah tujuh puluh tujuh tahun mahpun empat tahun usia blog ini, bukankah semuanya sekadar angka, yang lebih penting ialah pengisian dan pendirian yang utuh!

Ulasan

CT berkata…
salam tahniah tuan ks!
Tanpa Nama berkata…
tahniah kerana dah 4 tahun..
sis berkata…
betul 4 atau 77 hanya sekadar angka..yg penting pengisiannya dan kebaktiannya...
ar berkata…
salam ulang tahn blog ks..
anep berkata…
moga allah lanjut usia pak samad dan blog ini, amin..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN