TIBAI - POLITIK TAPAK KASUT & POLITIK TERDESAK ALA MALAYSIA!
Siapa pun tidak perlu untuk
bersekolah tinggi, berhutang dengan PTPTN, mempunyai ijazah berjela-jela
khususnya di dalam bidang perhubungan awam untuk berfikir secara matang. Saya sebenarnya merasa amat malu dengan usaha
sebuah NGO(k) yang saya kira lebih sesuai dilabel boNGOk, kerana tindakan
mereka akhir-akhir ini.
Biarlah saya berterusterang, saya
memang merujuk kepada kumpulan yang melancarkan TIBAI yang kononnya untuk
menolak individu bernama Anwar Ibrahim.
Saya tidak pasti sama ada boNGOk ini berdaftar secara sah di negara
kita, jika ada soalannya adakah pihak-pihak seperti Pendaftar Pertubuhan yang
terletak di bawah jurisdiksi Kementerian Dalam Negeri memandang sepi perkara-perkara semacam ini.
Walaupun parti-parti politik
seperti UMNO mahupun gabungan seperti Barisan Nasional kelihatannya tidak
terlibat secara langsung kecuali beberapa Senator yang dilantik oleh Kerajaan
Barisan Nasional, bolehkah Kerajaan Barisan Nasional berlepas tangan dan
menganggap bahawa usaha itu adalah oleh sebuah boNGOk!
Sama ada kita sedar atau tidak
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditujukan oleh kumpulan penyokong TIBAI ini ialah
seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, merupakan Ketua Pembangkang
yang mempunyai taraf yang sama dengan Perdana Menteri daripada segi
protokolnya. Malah sebagai Ketua
Pembangkang, beliau menerima keistimewaan termasuk elaun Ketua Pembangkan
kerana ianya satu jawatan yang diiktiraf oleh Parlimen dan Kerajaan. Di samping bertindak menyatukan suara
pembangkang di Parlimen , Ketua Pembangkang berfungsi sebagai suara ‘check and balance’ terhadap sebarang
dasar Kerajaan pemerintah.
Jika orang-orang dangkal politik
seperti dua orang Senator lantikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan seorang
Ahli Parlimen memilih untuk menidakkan demokrasi tuntutan rakyat, maka saya
tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa mereka-mereka inilah sebenarnya
mempraktikkan politik terdesak dan politik tapak kasut.
Kita tidak perlu untuk bersekolah
tinggi, berhutang dengan PTPTN mempunyai
ijazah berjela-jela untuk berfikir secara rasional bahawa tindakan seperti
TIBAI sebenarnya merugikan Kerajaan Barisan Nasional, malah meletakkan YAB
Perdana Menteri dalam kedudukan yang amat sukar dan memalukan.
Jika seorang Ketua Pembangkang,
seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat di sebuah negara demokrasi pun boleh
diTIBAI, saya percaya Ahli-ahli Parlimen dan Kerajaan yang memilih untuk
berdiam diri harus ditolak pola politiknya!
Walaupun ahli parlimen dan boNGOk ini sebenarnya hanya menyuarakan
pandangan politik sempit mereka, rasanya rakyat Malaysia tidak begitu bodoh
untuk menerima politik tanpa adab dan murahan seperti itu.
Ulasan