BOLASEPAK KITA, MARUAH KITA - SIRI 2


Seingat saya, saya pernah menulis mengenai bola sepak di negara kita, itu cerita pada tahun 2008, selepas hampir empat tahun, mutu bolasepak kita masih seperti itu juga - suam-suam kuku. Ketika itu saya menulis pada bulan Disember 2008, ranking Malaysia pada bulan November 2008 adalah pada tangga 151.

Kini selepas kecoh dengan penggantungan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, saya terpanggil untuk melihat semula entri saya dulu. Kedudukan ranking Malaysia berdasarkan Mac 2012 ialah pada kedudukan 152 dengan penurunan sebanyak dua anak tangga. Sejak 2008, kepimpinan FAM pun tidak banyak berubah (atau sebenarnya tidak berubah!).

Apabila Timbalan Presiden FAM, digantung selama 30 bulan daripada memegang jawatan kerana kritikan terhadap pasukan kebangsaan, suara-suara pedas yang mahukan teraju FAM digantikan amat lantang.

Ini juga bukanlah kali pertama seorang pemimpin persatuan bola sepak digantung, sebelum ini dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil juga pernah mengalami nasib yang sama kerana mengkritik FAM.

Khabarnya bahawa Tan Sri Annuar Musa diheret kerana terdapat peraturan di dalam Statut FAM yang melarang hal ini. Soalnya adakah kewajaran kepada statut yang dianggap kuno ini. Lihat sahaja Artikel 88 seperti di bawah ini:

Artikel 88 - Sumbangan kepada Akhbar

Kecuali bagi siaran biasa kepada akhbar oleh Presiden atau Setiausaha Agung, tiada Pegawai, jurulatih FAM atau pengadil atau mana-mana Ahli atau pemain berdaftar atau pemain yang diambil bermain dengan mana-mana Ahli, melainkan diizinkan oleh Kongres, boleh menyumbangkan apa-apa rencana tentang pengurusan hal ehwal FAM, meluahkan kilanan, sama ada diandaikan ataupun sebenar atau hak, kritikan yang bersifat permusuhan terhadap FAM (Ahli).

Apa yang menariknya ialah mana-mana pemimpin di dalam FAM yang mahu memberikan pandangan kepada pihak luar harus mendapat keizinan daripada Kongres yang khabarnya hanya bersidang 2 atau 3 kali setahun! Itupun kena menulis surat memohon kepada Kongress. Seperti yang diungkapkan oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri:

“Kepada kawan-kawan media, (saya) minta maaf sebab dalam FAM telah ditetapkan saya tidak boleh cakap kepada media, kecuali ada kebenaran bertulis daripada kongres.
“Jikalau saya nak cakap pasal FAM, saya kena tulis surat kepada kongres terlebih dahulu,” katanya.


Adakah kepimpinan draconian semacam di dalam FAM masih diperlukan jika tidak meningkatkan mutu bolasepak negara? Melihat kepada ulasan-ulasan di dalam ruang maya ini, kepimpinan FAM wajarlah diberikan kad merah.

Mungkin selepas ini persatuan kebangsaan harus dijenamakan semula dengan nama baru: Pasukan Bolasepak Presiden FAM!

Ulasan

sis berkata…
....setuju..saya sokong kakisakat..
sarip dol berkata…
patutnya org mcm sultan pahang tidak perlu terlibat secara langsung dalam pimpinan FAM. berundurlah. berhenti sebelum kenyang.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?