PERJALANAN MUIN ...

(Berita muka depan Harian Metro - Jan 2001)

Kita sering mendengar seseorang itu berkahwin lebih dari satu mungkin dua, tiga atau empat seperti yang dilakukan oleh pelawak terkenal, Salih Yaakub. Perkahwinan lebih dari satu mungkin berlaku selepas beberapa ketika. Namun apabila ada persandingan dengan dua isteri diadakan serentak pada satu hari, tentulah dianggap luar biasa. Itulah yang saya temui pada hari ini, Abdul Muin Hamid pernah menggemparkan negara kita apabila dilaporkan bersanding serentak dengan dua orang isterinya pada tahun 2001.

Itu cerita lebih sedekad yang lalu. Hari ini ketika saya menemani seorang teman saya menemui beliau untuk suatu urusan peribadi, saya tidak menyangka akan menemui lelaki ini yang pernah menimbulkan kegemparan dengan peristiwa bersanding serentak dengan dua isterinya.

Kisah persandingan serentak Abdul Muin Hamid dengan isterinya memang mengujakan, malah akhbar-akhbar ketika itu khabarnya berebut-rebut bagi mendapatkan berita sensasi ini untuk dimuatkan di dalam akhbar mereka. Akhbar Harian Metro pada ketika itu menyiarkan berita persandingannya dengan tajuk ‘Seronok Sakan’ sebagai berita utama muka hadapan.

Kisah persandingan serentak Abdul Muin Hamid tidak berakhir dengan nota yang gembira tetapi diuji dengan pelbagai ujian Allah SWT. Sebenarnya perkahwinan Abdul Muin Hamid dengan kedua isterinya tidak mendapat restu kedua ibu bapa isteri-isterinya. Malah dikhabarkan bahawa Abdul Muin Hamid sebenarnya bernikah di negara jiran sebelum memilih untuk bersanding serentak.

Abdul Muin Hamid, ketika itu seorang kontraktor pengangkutan pekerja kilang mengakui mengalami pelbagai dugaan dalam hidupnya selepas persandingan serentak dengan dua isterinya sehingga beliau hampir muflis di samping mengalami penyakit misteri apabila mulutnya akan herot ke sebelah kanan setiap jam tiga petang. Isterinya pula tidak semena-mena akan bangkit menari dan menyanyi lagu-lagu Siam.

Kini Abdul Muin Hamid hidup sebumbung dengan kedua isterinya tanpa ada perbalahan mahupun pertengkaran sesama mereka. Mungkin Abdul Muin Hamid mengikut jejak langkah ayahnya Haji Hamid Hussin seorang guru silat yang terkenal di Kedah, yang dikhabarkan pernah berkahwin lima orang, namun kini mempunyai dua orang isteri yang masing-masing tinggal berjiran sejak dahulu.

Benarlah kata orang hidup ini adalah pilihan, kita menentukan hala tuju hidup kita. Ajal, maut, jodoh dan rezeki adalah ketentuan Ilahi. Kisah Abdul Muin Hamid bukanlah cerita biasa malah bukanlah juga luar biasa kerana mempunyai dua orang isteri, bersanding serentak pada satu masa dengan kedua isterinya, tinggal sebumbung dengan isteri-isterinya adalah kisah menarik yang luar biasa untuk direnungi. Abdul Muin Hamid kini menjadi pengamal perubatan tradisional, sesuatu yang diwarisi secara tidak sengaja selepas mengalami penyakit misteri buat beberapa ketika.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk mengangkat kisah Abdul Muin Hamid dari sisi poligaminya namun, perjalanan Abdul Muin sedikit sebanyak mungkin dapat dijadikan iktibar dalam mengharungi hidup yang semakin mencabar!

Ulasan

anep berkata…
waduh waduh..tinggal sekali..hebat2
SIS berkata…
slalunya org akan kata..mesti si suami tu pandai mengayat...atau si isteri telah diayat2kan..berbalik pada Allah..semua telah dirancangNya...tak tau la seronoknya di mana bila madu tinggal serumah..silap haribulan sorang akan sakit hati@mental.. sebagaimana yang berlaku baru2 ini..isteri muda serang isteri tua...sedangkan isteri Rasulullah yang maksum pun tidak tinggal sebumbung...
yana berkata…
agak anehkan bermadu leh dok serumah,,,,,,macam ada yang tesurat n tersirat,,,,,samasamalah kita fikir fikirkan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?