PASCA BERSIH



Perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH selesai sudah. Perhimpuan 9 Julai yang diuar-uarkan sejak beberapa bulan yang lalu dengan menggariskan tuntutan 8 perkara berhubung perjalanan Pilihanraya di negara kita sudah menemui noktahnya. Perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH ialah yang kedua kalinya diadakan selepas siri pertama pada 2007.

Memanglah ajal dan maut ketentuan Allah SWT, namun perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH pada kali ini menyaksikan satu kematian dari kalangan yang menyertainya. Baharuddin Ahmad seorang aktivis PAS dikhabarkan terjatuh dan pengsan selepas disembur gas pemedih mata ketika berkumpul di KLCC. Beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal kemudiannya.

Pelbagai insiden mewarnai perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH pada kali ini. Kesesakan luar biasa akibat sekatan polis di pelbagai lokasi yang menghala ke pusat bandar menyebabkan ramai pengguna jalanraya yang terperangkap untuk beberapa jam. Saya juga terperangkap dalam perjalanan dari Kajang melepasi Sungai Ramal yang mengambil masa hampir 4 jam. Malah saya terpaksa membatalkan jemputan menghadiri majlis perkahwinan kerana tindakan polis.

Polis yang baru sahaja mendapat pujian sehari sebelumnya berikutan kejayaan dalam menangani insiden kanak-kanak tadika menjadi tebusan, berdepan dengan pelbagai kecaman daripada banyak pihak berikutan bermula dari sekatan jalanraya sehinggalah cara menangani para penyokong yang menyertai perhimpuanan di ibu kota semalam sama ada daripada kalangan BERSIH mahupun PATRIOT.

Kisah bagaimana para peniaga di Kuala Lumpur yang dilaporkan kerugian diantara RM30 juta hingga RM100 juta berikutan perhimpunan semalam bercadang mengambil tindakan undang-undang. Hal ini ditegaskan oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah. Adakah rakyat kecil seperti saya boleh juga mengambil tindakan undang-undang kerana kesesakan luar biasa akibat perhimpuan semalam?

Apa yang menarik ialah perkhabaran bagaimana 1679 orang yang ditahan mendapat layanan ‘majlis kenduri kahwin’ dengan hidangan buffet bernilai RM25 seorang serta kemudahan mengerjakan ibadah di tempat mereka ditahan di PULAPOL. Pihak polis khabarnya membelanjakan RM40,000 bagi maksud menjaga kebajikan mereka yang ditahan.

Walauapapun pendekatan berdemonstran bukanlah budaya masyarakat Malaysia, mungkin ini adalah langkah terakhir bagi menyatakan suara golongan dan rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya yang bersih! Pasca Bersih bukanlah masa yang terbaik bagi menyalahkan sesiapa sama ada para peserta perhimpunan mahupun pihak polis, sebaiknya ialah asas bagi membincang dan menghalusi tuntutan lapan perkara.

Bilangan para peserta perhimpunan pula berbeza-beza mengikut laporan dan selera masing-masing. Apa yang paling saya percaya ialah laporan Ketua Polis Negara yang dikhabarkan menyatakan hanya sekitar 5000 – 6000 orang yang hadir. Betul, yang dimaksudkan sebenarnya ialah bilangan anggota polis yang hadir mengawasi perhimpunan 9 Julai 2011. Mungkin selepas ini pihak polis boleh mendapatkan perisian menganalisan bilangan manusia dalam satu-satu masa bagi memberikan anggaran yang tepat bagi perhimpunan seperti semalam.

Seperti yang diungkapkan oleh SN/SR A. Samad Said lewat puisinya, Unggun BersihTak diperlu gempita sorak yang gebu, diperlu hanya unggun api yang syahdu, Kini menyalalah unggun sakti itu, kini merebaklah nyala unggun itu; ataupun dalam sajaknya Peludah Warna – tapi kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen, warna kuning yang teramat tenang dan syahdu, kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Ulasan

anis berkata…
Syabas kpd bersih 2.0 kerana demo serentak di seluruh dunia, budaya nafi UBN harus sampai noktahnya..
SIS berkata…
kenapa bg je usul 8 perkara tu pd DYMM Yang Dipertuan Agung dan sebarkan dlm media..bg smua rakyat tahu apa yg hendak diluahkan.. mcm2 media ada..bkn sekadar akhbar..kenapa perlu menyusahkan org lain dgn perhimpunan sebegitu..dah tau x akan dpt permit wat apa diteruskan..masing2 keras kepala..nak tunjuk diri hebat..x kiralah 'bersih' atau 'patriot'...yg sedih titah Baginda pun dpandg sepi...x tau apa nak jd dgn org melayu..DAP tepuk tgn...padan la bangsa lain anggap melayu ni '3rd class'...salah diri sendiri..jgn jd Melayu merempat di negara sendiri.. pd DYMM Yang Dipertuan Agung dan sebarkan dlm media..bg smua rakyat tahu apa yg hendak diluahkan.. mcm2 media ada..bkn sekadar akhbar..kenapa perlu menyusahkan org lain dgn perhimpunan sebegitu..dah tau x akan dpt permit wat apa diteruskan..masing2 keras kepala..nak tunjuk diri hebat..x kiralah 'bersih' atau 'patriot'...yg sedih titah Baginda pun dpandg sepi...x tau apa nak jd dgn org melayu..DAP tepuk tgn...padan la bangsa lain anggap melayu ni '3rd class'...salah diri sendiri..jgn jd Melayu merempat di negara sendiri..
saripdol berkata…
woit marah betul akak SIS tu...cayokla..sokong 101%..
SIS berkata…
sorry tn ks..ter'double' la plak ayat2 pd ruang komen tn..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?