DAWAMA OH DAWAMA ...


Beberapa ketika dahulu ketika program sambutan 56 Tahun DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka, ada pandangan yang mengatakan bahwa DBP kini seumpama pesakit kanser tahap tiga, perlukan rawatan yang begitu rapi dan sistematik jika tidak boleh mati. Sebenarnya kanser DBP adalah disebabkan oleh ketumbuhan yang perlu dibuang. Ketumbuhan yang menjangkiti DBP sebenarnya adalah Dawama.

Dawama adalah hasil penswastaan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP, sehingga Dawama diberi hak eksklusif mencetak dan memasarkan buku serta majalah DBP berkuatkuasa 1 September 2002, dengan konsesi selama 12 tahun.

Hari ini secara eksklusif akhbar Berita Minggu melaporkan bahawa DBP terpaksa mengambil alih proses menerbitkan buku teks bagi kegunaan pada tahun hadapan, kerana tidak mahu menjejaskan pengagihan buku teks di sekolah-sekolah apabila sesi persekolahan bermula pada awal tahun nanti. Kisah Dawama dan kegagalannya memenuhi aspirasi mandatnya telah banyak diperkatakan. Malah telah juga ada ura-ura untuk menentang Dawama secara terbuka hinggakan ada pihak yang sanggup untuk membawanya hingga ke pengetahuan Perdana Menteri.

Semua ini dilakukan bagi memastikan bahawa projek penswastaan oleh Dawama ini sebenarnya telahpun gagal. Malah, DBP dan Kerajaan sepatutnya menamatkan kontrak konsesi kepada Dawama dengan serta merta malah mungkin boleh menyaman kerana gagal untuk mematuhi kontrak konsesi mereka (kecuali ada kepentingan pihak-pihak tertentu) yang masih mahu mengekalkan kontrak Dawama sehingga 2014 dengan alasan-alasan yang bodoh dan tidak masuk akal.

Jika Dawama yang hanya bergantung kepada tender buku teks yang diperolehi oleh DBP dan kemudiannya melaksanakan dengan nisbah keuntungan 30:70 (DBP:Dawama) maka saya tidak nampak apakah sumbangan Dawama dalam meningkatkan pemasaran buku-buku terbitan DBP jika para pengedarnya seperti hidup segan mati tak mahu. Jika ini sahaja aktivitinya, saya percaya sebarang syarikat, malah ada syarikat yang mampu melakukannya dengan lebih cemerlang.

Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri sepatutnya tegas menamatkan kontrak konsesi Dawama tanpa apa-apa pampasan untuk Dawama.

Yang terbaru ialah apabila Dawama gagal menerbit dan mencetak majalah DBP yang berjumlah 10 malah DBP terpaksa mengambilalih proses tersebut sejak keluaran bulan Julai yang lalu. Jika kegagalan ini juga tidak dilihat sebagai kegagalan mematuhi kontrak konsesi mereka, saya kira Kerajaan bakal menghadapi masalah yang bukan sedikit.

Sebenarnya kanser DBP di tahap tiga masih boleh disembuh dan dirawat jika ketumbuhan dibuang sepenuhnya. Mungkin Menteri Pelajaran memerlukan keberanian yang luar biasa bagi menangani masalah Dawama ini, sama seperti beliau melaksanakan keputusan memansuhkan PPSMI tempohari.

Ulasan

anep berkata…
dawama sepatutnya daah lama ditarik kontraknya..khbaranya dawama dilindungi oleh org2 besar betul ke...
haji manap berkata…
analogi barah dan ketumbuhan mmg sesuai, saya dgr sebnrnya cerita barah pernah tuan ks timbulkan sendiri, dihadapan KP DBP sendiri, syabas berani kerana benar..teruskan tuan..semoga YAB Menteri Pelajaran dan YAB Perdana Menteri mendapat isyarat mengenai kemelut dawama ini..
karim berkata…
dawama memalukan kaum bumiputera...buat malu je..
ct berkata…
terima kasih tuan kerana menulis mengenai dawama..
SIS berkata…
dari dulu lagi DAWAMA mcm hidup segan mati tak mahu..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?