AL-QURAN, SUDOKU & ILHAM KEHIDUPAN ...

Kitab Suci Al-Quran Kegilaan 'Sudoku' Saya bukan ingin mencanang diri sendiri, tetapi ketika saya masih di bangku sekolah rendah, saya telah mampu menghafal Surah Yasin yang berjumlah 83 ayat. Itu dulu, dan kini saya memerlukan Surah Yasin bagi membaca Yasin. Apabila latihan membaca Al-Quran dan usaha untuk hafalan tidak dilakukan, itulah jadinya. Namun saya kini berusaha untuk kembali menghafal Surah Yasin. Selepas saya menjadi pengguna aktif iPhone, saya sentiasa bereksperimen dengan pelbagai aplikasi dalam iPhone saya. Antaranya ialah menggunakan aplikasi Al-Quran. Aplikasi Al-Quran dalam iPhone merupakan bacaan dan terjemahan lengkap kitab suci Al-Quran yang bukan sahaja boleh dibaca malah boleh diperdengarkan bacaannya oleh qari-qari tersohor. Maka menjadi rutin saya menggunakan aplikasi ini bagi membolehkan usaha hafalan ayat-ayat suci Al-Quran. Selain menggunakan pelbagai aplikasi dan e-book yang didatangkan dengan iPhone, saya juga memuat turun p...