TSUNAMI MENJENGAH LAGI ...
Istilah tsunami kali pertama menjengah kita pada penghujung 2004, ketika itu gempa berskala 9.0 Skala Richter melanda negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Angka kematian yang dianggarkan ialah 68 orang. Sungguhpun, mereka yang terlibat bencana tsunami di negara kita adalah dari golongan nelayan yang melibatkan hampir 4000 orang, namun bencana ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam, siapa yang boleh lupa sebak YA Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri apabila membuat kunjungan ke Kota Kuala Muda. Saya sekeluarga yang mengunjungi Kota Kuala Muda selepas hampir sebulan bencana berlalu, seperti tidak percaya dan tidak dapat menahan air mata. Walaupun semua mangsa bencana tsunami telah mendapat perhatian yang sewajarnya, sehingga ada penempatan dan rumah yang didirikan oleh Kerajaan bagi menggantikan rumah yang rosak teruk, tetapi saya percaya trauma tsunami pasti akan sentiasa diingati lebih-lebih lagi setiap kali bencana tsunami mel...