APA YANG PERLU SEKARANG: BERTENANG … ?


Saya bukan tidak mengikuti polemik mengenai penggunaan kalimah ALLAH oleh Majalah Herald The Catholic Weekly. Selepas beberapa lama sekurang-kurangnya hampir lebih setengah abad, tiba-tiba sahaja masyarakat Kristian di negara ini mahu menggunakan kalimah ALLAH. Saya tidak fikir ini permintaan yang biasa yang membelakangkan agama Islam sebagai agama rasmi dan majoriti di negara ini. Saya percaya kesungguhan mendapatkan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH sehingga berlarutan hingga ke mahkahmah adalah sesuatu yang pasti diringi agenda luar biasa. Rentetan permintaan ini adalah ketika memohon untuk menerbitkan majalah ini dalam Bahasa Malaysia.

Walaupun YAB Perdana Menteri dan pelbagai pihak meminta semua pihak bertenang dan menunggu proses mahkahmah selanjutnya, sebagai sebuah negara masyarakat majmuk dengan agama Islam sebagai agama rasmi, permintaan ini tentulah dianggap sebagai menjolok sarang tebuan atau mengejutkan harimau yang sedang tidur.

Saya masih tidak percaya bahawa di bumi Malaysia ini masih ada permintaan ‘melampau’ dan tidak masuk akal yang begitu bersungguh diusahakan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam seluruhnya.

Meminjam pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri : Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang! Seharusnya sebagai sebuah negara yang agama rasminya ialah Islam permintaan tidak masuk akal seumpama ini harus dibakulsampahkan!

Nota Kaki: Walaupun saya membantah kebenaran penggunaan kalimah ALLAH oleh mereka yang bukan Islam, tetapi mengambil pendekatan arsonis bukanlah pegangan saya. Saya masih berpijak kepada rasional dan kewajaran setiap perlakuan.

Ulasan

haji manap berkata…
Salam tuan, amat bersetuju pihak yg memohon penggunaan kalimah ALLAH biadap dan tidak sensitif..
ustazah berkata…
Salam tuan, amat bersetuju dgn pendirian tuan..
karim berkata…
Setuju!
sarip berkata…
Apabila sarang tebuan dijolok..
awie berkata…
tak sensitif itulah padahnya..
anis berkata…
saya setuju dgn tuan : PERMINTAAN YANG MELAMPAU..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?