MERDEKA, TV MALAYSIA & LONDON …

Big Ben London


Saya sentiasa sebak setiap kali menjelang Merdeka bukan kerana saya terlibat sebagai pejuang kemerdekaan tetapi sebak kerana menjadi pewaris kemerdekaan dari tangisan dan air mata pejuang-pejuang kemerdekaan seolah-olah ‘Wira Tak Di Dendang’ atau Unsung Heroes.

Kisah merdeka samada iklan komersil mahupun ucapan kemerdekaan oleh syarikat-syarikat korporat sering sahaja mengundang rasa kagum di atas kesungguhan mereka. Setiap kali melihat iklan mahupun pesanan kemerdekaan saya sentiasa menyimpan iltizam untuk menjadi seperti syarikat-syarikat korporat yang mampu menyumbang untuk kita terus menikmati kemerdekaan dari dalam rumah sahaja melalui siaran langsung di kaca televisyen.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kemerdekaan pada kali ini agak kurang meriah rasanya kerana 31 Ogos pada tahun ini jatuh dalam bulan Ramadhan ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa, tetapi itu bukanlah alasan untuk mengecilkan nilai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lebih 52 tahun.

Selepas 52 tahun mengecapi nikmat dan rahmat kemerdekaan dari penjajah, sedar atau tidak sebenarnya kita masih terus terjajah jika pun tidak dari segi fizikal tetapi minda kita terus terjajah. Saya sengaja mengatakan demikian kerana baru-baru ini saya agak tersentak apabila sebuah stesen televisyen Malaysia dengan bangganya mempromosikan bahawa perbarisan Hari Kemerdekaannya ditaja siaran langsungnya oleh syarikat berjenama London.

Dengan ilmu dan jati diri saya yang sedikit, saya agak terganggu dengan keadaan ini apakah perbarisan hari Kemerdekaan negara yang dipancarkan secara langsung untuk tontonan Pak Senik, Pak Ngah, Abang Darus , Awang, Komala, Ah Seng dan seluruh bangsa Malaysia di seluruh pelusuk tanah air bertuah ini ditaja oleh syarikat berjenama London? Apakah telah hilang sensitiviti ini apabila kemerdekaan negara dikomersilkan oleh stesen televisyen Malaysia tanpa mengira siapa yang patut menaja apa?


Mungkin juga stesen televisyen Malaysia itu ada kewajaran dan rasionalnya sendiri tetapi membiarkan syarikat berjenama London menjadi penaja perbarisan Hari Kemerdekaan samalah seperti Kementerian Kesihatan menerima tajaan daripada si pengeluar arak mahupun syarikat rokok sambil melaungkan ‘Arak Membunuh’ atau ‘Merokok Membahayakan Kesihatan’!
Apakah ini bentuk penjajahan yang baru pula? Salam Hari Merdeka!

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan mungkin stesen tv tu terlepas pandang atau tiada penaja lain..walauapapun memang mengganggu minda kita...syabas di atas kepekaan tuan..
Ishah berkata…
salam..tn kakisakat...Bln ramadhan juga bulan merdekakan diri dari dosa...selamat menyambut bulan ramadhan..semogo ramadhan kali ini dapat meningkatkan iman dan ehsan..
haji maulud berkata…
mmg nampak kelakar tapi mungkin juga stesen tv tu tiada pilihan kot...Menteri Rais boleh la tolong tengokkan..
samad berkata…
tahniah kerana kepekaan blog ini..teruskan..
salim berkata…
Blog yang bernas..
halim berkata…
setuju ini penjajahan cara baru..
chik berkata…
thaniah kerana tersiar dlm sinar harian..teruskan usaha
raziah berkata…
wah...blog tuan disiar dlm sinar harian..isu yg bagus..blog yg menyakat..
shamsiah berkata…
saya suka blog ini..
azman berkata…
apakah jadah syarikat london pula yg taja..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU