20 JUN - MANIFESTASI PELARIAN

Gambar Ihsan UNHCR

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menetapkan 20 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Pelarian Sedunia. Betullah kata pepatah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, jika diberi pilihan tentulah lebih seronok di negeri sendiri daripada merantau ke negara orang, sekurang-kurangnya itulah yang diluahkan oleh warga Bangladesh yang membantu saya untuk mengisi minyak kereta ketika berkunjung ke stesen kerang saban kali. Itu cerita pendatang asing yang sah tinggal di negara ini, apa agaknya nasib pelarian yang lari dari sesebuah negara bergolak misalnya, pelarian Rohingya.

Hari Pelarian Sedunia dengan objektif untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat terhadap nasib dan masa depan golongan pelarian di seluruh dunia telah diraikan secara global sejak tahun 2000.

"Real People, Real Needs" Rakyat Sebenar, Keperluan Sebenar, tema yang dipilih untuk mengenang nasib pelarian pada tahun ini - pelarian adalah golongan yang berkeperluan sama seperti anda dan saya. Dengan angka lebih 42 juta pelarian di bawah kanta dan radar tanggungjawab Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), kekurangan keperluan asas dalam hidup – air bersih, makanan, sanitasi, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan perlindungan dari keganasan dan penderaan memaksa mereka sentiasa bergelut untuk terus hidup secara bermaruah di bumi ini.

Di Malaysia sahaja, mengikut statistik UNHCR setakat 31 Disember 2007, jumlah pelarian berdaftar ialah 164,400 yang mencakupi pelbagai kategori termasuk yang mengharapkan suaka politik. Pelarian Filipina yang kebanyakannya menghuni di perairan Sabah berjumlah hampir 70 ribu, pelarian Myanmar juga berjumlah hampir 70 ribu diikuti Indonesi yang berjumlah lebih 21 ribu orang.

Warga dunia menjadi pelarian melalui pelbagai konflik dalaman dan perang saudara dan perang sesama negara.

Khemah sementara di luar Stadium Nasional, Dili - Gambar ihsan UNHCR

Malaysia pernah menjadi rumah kepada lebih ramai pelarian malah pelarian Vietnam pernah ditempatkan di Pulau Bidung, juga di penempatan berhampiran tol Sungai Besi lebih dua dekad yang lalu. Namun begitu penarafan oleh Jawatankuasa Bagi Pelarian dan Pendatang Amerika Syarikat (USCRI) pada tahun 2008 meletakkan Gred F bersama-sama Thailand, Bangladesh dan China kerana pelarian yang ditahan berkemungkinan dihadapkan ke mahkamah!

Apakah peningkatan statistik pelarian saban tahun, nilai kemanusian warga dunia semakin menipis seperti lapisan ozon?

Ulasan

ariff berkata…
Tahniah tuan kerana kepekaan terhadap pelarian, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
SIS berkata…
salam tn ks..syukur kita masih mampu membantu pelarian2 ini..harap berterusan keamanan yang kita kecapi selama ini..politik hari ini amat merisaukan...
SIS berkata…
diucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada semua yang bergelar papa, ayah, babah,abah,bapak atau apa saja panggilan manja (termasuk kpd tn ks )...semoga hidup sentiasa ceria dgn kehadiran anak2 disamping..
sarip berkata…
tak tau pun ada hari utk pelarian..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?