SELAMAT MEMILIH, DIPILIH & TIDAK TERPILIH..

Perhimpunan Agung UMNO datang lagi dengan pelbagai drama sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan. Kali ini ialah perhimpunan kali ke-59, yang ditangguhkan sejak tahun lepas. Sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang politik negara adalah mustahil untuk tidak mengambil tahu mengenai perhimpunan ini. Saya sengaja mengemukakan petikan-petikan ucapan untuk menjadi renungan dan nostalgia parti keramat berusia 62 tahun ini. "Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana kita belum pernah berusaha, tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati" - Dato' Onn Jaafar, YDP UMNO yang pertama pada Kongres Melayu Se Tanah Melayu yang pertama pada 1946 "Kita hendaklah mengorbankan tenaga, harta benda dan segala-galanya untuk menjalankan dasar-dasar mengutamakan faedah Melayu. Janganlah sampai kita dituduh oleh keturunan kita kelak bahawa kita ini bacul dan hidup dengan sia-sia ...