CATATAN BILIK 106 - TANJUNG PIAI

Rumah Kelong di Tanjung Piai Resort

Ini batu tanda di Tanjung PiaiPenanda Bahagian Terkeselatan Benua Asia

Minggu lepas saya sempat menghadiri 'Seminar Memperkasa Graduan Pengajian Islam' yang dianjurkan oleh DAMAI di Pontian, Johor Darultakzim. Ketika berada di Pontian, saya tidak melepaskan peluang melawat Tanjung Piai dan Pulau Kukup.

Tanjung Piai terletak lebih kurang 20 km dari bandar Pontian, merupakan bahagian terkeselatan benua Asia (Most Southern Tip of Mainland Asia) yang merupakan penghujung benua. Keunikan Tanjung Piai ialah ianya terpilih sebagai tapak tanah lembab yang tersenarai di Ramsar (Ramsar Site: 1289). Flora dan fauna yang pelbagai merupakan tarikan di Tanjung Piai di samping pelbagai spesis burung dan pokok bakau. Antara tarikan lain ialah eko-pelancongan, jeti sepanjang 400 meter untuk menikmati alam semulajadi ini. Tempat ini juga merupakan kawasan penghijrahan burung dari lebih 22 spesis.

Tanjung Piai dan program pemuliharaan dan pendidikan alam sekitarnya adalah yang paling menonjol, tempat ini telah diwartakan sebagai Taman Negara sejak tahun 2000. Tanjung Piai ternyata satu lagi anugerah Allah SWT kepada negara kita. Nikmatinyalah!

Antara tempat tinggal di Tanjung Piai ialah Tanjung Piai Resort. Terima kasih kepada Sdr. Wan dan Suzana!


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Waduh...waduh dah sampai ke penghujung benua...
Tanpa Nama berkata…
Kenapa ada bilik 106..bilik hotel ke..brapa kadar 2..
Tanpa Nama berkata…
Patutnya tmpt2 cam 2..patut dipromosikan, Menteri Azalina patut ambil perhatian perkara ini..
Nampak macam sesuai buat bertapa cari idea kreatif. jom buat rombongan mencari idea ke tnjung piai
SIS berkata…
tempat dan idea yg menarik..dalam perancangan utk ke sana dalam masa yg terdekat..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?