CATATAN BILIK 106 - PULAU KUKUP

Pekan Kukup

Jambatan Gantung (30 m)

Jeti Pulau Kukup

Bermalam di rumah kelong Tanjung Piai Resort, pengalaman tidur di rumah kelong adalah suatu yang menyeronokkan. Saya berkesempatan melawat Pulau Kukup yang merupakan pulau hutan bakau terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia. Perjalanan dengan bot dari jeti pekan Kukup hanya memakan masa lima minit. Pelbagai tarikan menanti pengunjung di Pulau Kukup terutama bagi mereka yang mahu menyelami alam dan sekitarnya.

Antara tarikan di pulau ini ialah jambatan gantung sepanjang 30 meter, flora dan fauna yang begitu mengkagumkan, dan pelbagai jenis spesis bakau serta ketam dengan pelbagai warna. Pekan Kukup juga menjadi tumpuan para pendatang dan pengunjung untuk ke Tanjong Balai di Indonesia.

Dalam tahun 1990an, Pulau Kukup menjadi tumpuan para saintis untuk mengkaji biodiversitinya yang kaya dan sistem ekologinya yang unik. Sebagai langkah menjaga dan memulihara habitat unik di pulau ini, Pulau Kukup telah diwartakan sebagai Taman Negara pada Mac 1997. Pulau Kukup juga telah disenaraikan dalam senarai tanah lembab Ramsar (Ramsar Site:1287) pada tahun 2003. Para pecinta alam sekitar seharusnya tidak melepaskan peluang menikmati Pulau Kukup dan keindahan semulajadinya!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Pernah dengar tp x pernah sampai..
Tanpa Nama berkata…
Bila lagi nak pergi ke Pulau cam 2 lg..bro..
Tanpa Nama berkata…
Saya amat yakin tempat 2 pasti menarik.
elok buat penulis bertapa...cari idea untuk menghasilkan karya kreatif. Jom buat rombongan sama2.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?