WAJAH SEBALIK KOTA





(Gambar menceritakan segalanya!)

Hari ini, saya terpaksa menghadiri mesyuarat di Parlimen untuk urusan penerbitan bahan. Seorang teman editor yang terlibat sama dalam mesyuarat itu meminta saya mengambilnya di Institut Profesional Baitulmal (IPB) di Taman Maluri. Sahabat itu menghantar pesanan ringkas: "tuan, saya diblkg mesjid tmn mluri, jaln ke bltn kg pandan,seblah ipb ni.blkg mesjid ada kedai kopi masuk mesjid tul2.

Masjid Az-Zubair di Kg. Pandan itu memang bukanlah lokasi yang asing bagi saya untuk menunaikan sembahyang Jumaat jika berada di kawasan sekitarnya. Malah IPB juga bukanlah asing jua kerana ada risik-risik bakal dikorporatkan, sekurang-kurangnya itulah yang dikhabarkan. Tetapi apabila saya tidak dapat mencari teman saya tadi dan terpaksa menghubungi taliannya dia meminta saya terus ke belakang masjid dan apabila saya ke belakang masjid tersebut, itulah pemandangan yang saya lihat. Oleh kerana terpaksa bergegas menghadiri mesyuarat, saya menyimpan azam untuk kembali pada masa yang lain.


Selesai bermesyuarat dan minum petang, saya menurunkan teman saya di belakang IPB dan tiba-tiba rasa ingin tahu saya mendorong saya terus memandu ke bahagian belakang masjid dan pemandangan seolah peninggalan zaman perang (sekurang-kurangnya yang dihayati dalam buku) menyambut saya.
Kesan peninggalan perang, rumah tinggal, kuarters Kerajaan dan pelbagai tanggapan lain mengasak minda saya. Sengaja saya merakamkan untuk tatapan dan renungan, mungkin sebab lokasinya yang terletak di pinggir kota menyebabkannya terbiar. Mungkinkah tanah yang dimaksudkan tanah persendirian, atau mengapakah pihak Kerajaan ataupun pihak berkuasa tempatan dalam konteks ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak boleh melakukan sesuatu daripada membiarkan sebagai sesuatu yang menyakitkan mata!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tengok gambar sesuai utk buat penggambaran cerita masa perang, alahai DBKL!
Tanpa Nama berkata…
syabas kpd kepekaan tuan, tabik sama lu bro!
Pernah satu usaha menjadikan kawasan lapang di tpt berkenaan untuk mewujudkan 'the little Kelantan', Apa dah jadi dgn usaha tesebut? wallahualam bissawat...

takdak sponsor atau tadak sambutan. atau lemah dari aspek uar-uaran.

Elok dimanfaatkan sebelum aktiviti tidak senonoh mengambil bahagian pula.
Tanpa Nama berkata…
Kalau aku tokeh hartanah, dah lama proposed joint development..baru ada class!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?