MENTARI TERBIT JUA DALAM THE SUN ALSO RISES

Filem 'The Sun Also Rises' buah tangan terbaru pengarah prolifik Jiang Wen yang pernah mencetus kontroversi melalui filem arahannya Devils on the Doorstep (2000) kerana menyertai Festival Filem Cannes tanpa persetujuan Kerajaan Cina dan akibatnya diharamkan dari menjalankan penggambaran selama tujuh tahun.


'The Sun Also Rises' filemnya selepas tujuh tahun berhibernasi, diangkat daripada novel 'Velvet' oleh Ye Mi. Merangkumkan 4 cerita dalam cerita, setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain. Filem ini yang merupakan filem ketiga Jiang Wen selepas filem pertamanya, In the Heat of the Sun (1994) dan Devils on the Doorstep (2000). Berlatarbelakang negara China pada tahun 1976, iaitu selepas tahun rasmi terakhir Revolusi China yang berlanjutan hampir sedekad.
Kisah unik garapan Jiang Wen, ini berkisar dalam 4 musim adalah imbasan sejarah Negara China daripada akhir 50an hingga 70an. Filem ini telah mendapat 3 pencalonan di Taiwan's Golden Horse Film Festival. Mengimbas situasi politik Negara China ketika menghadapi revolusi secara sederhana menampakkan kematangan pengarah untuk memberi dimensi politik secara bawah sedar. Saya percaya filem ini mampu memenangi lebih banyak anugerah di Pesta Filem Bahasa Cina yang terbesar, kerana mendapat banyak pencalonan dalam kategori utama, keputusannya pada 8 Disember nanti. Walau apa pun saya masih menunggu karyawan kita hadir bersama filem seumpama The Sun Also Rises, InsyaAllah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Masih ditayangkan ke cerita ini..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?