MAJLIS DIALOG BERSAMA YB MENTERI



Majlis Dialog MECD & Menandatangani MOU di antara MKM & UUM - 4 Julai 2008


Majlis Dialog Penggiat Filem 10 Jun 2008

Selepas PRU 12, pelbagai majlis mendekati rakyat telah diadakan samada oleh pemimpin pusat, negeri mahupun Ahli Parlimen, semuanya bertujuan untuk memperbaiki sistem penyampaian dan mendengar serta menangani masalah rakyat serta golongan sasaran. Selepas berkesempatan mengahadiri majlis 'Dialog Penggiat Filem - Bersama YB Dato' Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan Malaysia' yang diadakan pada 10 Jun 2008 yang lalu.

Pada 4 Julai 2008 pula saya mewakili Koperasi Buku Malaysia Berhad menghadiri 'Majlis Dialog Pemimpin Koperasi - Bersama YB Dato' Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Majlis 'Dialog Penggiat Filem - Bersama YB Dato' Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan Malaysia' yang diadakan di IPTAR, Angkasapuri telah dihadiri oleh lebih 500 penggiat filem di samping nama-nama besar dunia filem seperti Datuk Yusuf Haslam, David Teo, Mansor Putih, Ramona Rahman, M. Subash, Ahmad Puad Onah, Shuhaimi Baba, Nancie Foo, Wendy Wong dan ramai lagi.

Majlis anjuran Filem Negara Malaysia, dimulai dengan seminar setengah hari meliputi beberapa kertas kerja ini bertemakan: Memacu Kecemerlangan Kandungan Tempatan. Majlis ini dianggap bertepatan dengan rungutan dan sungutan para penggiat industri yang mempertikaikan kaedah pemerolehan program di RTM. YB Dato' Ahmad Shabery Chik ketika menjawab soalan-soalan para penggiat filem memberi jaminan dan ketegasan terhadap mana-mana kepincangan dalam Kementeriannya akan segera diatasi.

Pada 4 Julai 2008, 'Majlis Dialog Pemimpin Koperasi - Bersama YB Dato' Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, telah dihadiri oleh lebih 1200 pemimpin Koperasi atau koperator dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Majlis ini dimulakan dengan pembentangan 3 kerta kerja dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia. YB Menteri yang tiba pada jam 4 petang, selepas menyampaikan ucapan dan menyaksikan majlis menandatangani MOU di antara MKM dan UUM (Universiti Utara Malaysia) bagi usaha menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Koperasi) dan melancarkan buku terbitan MKM bertajuk 'Gerakan Koperasi Di Malaysia', telah berdiri lebih 2 jam untuk menjawab soalan-soalan daripada para koperator, syabas Dato'! Antara persoalan ialah mengenai permit teksi, NGV, subsidi petrol/diesel/NGV kepada pengusaha teksi, pinjaman MARA, geran Koperasi serta Tabung Pusingan Modal kepada Koperasi-koperasi serta para usahawan.

Saya percaya usaha menganjurkan Majlis Dialog bersama Menteri ini amat bertepatan sebagai satu usaha memberikan penerangan dan gambaran jelas kepada gologan sasaran tentang dasar dan usaha Kerajaan menjaga kebajikan rakyatnya. Namun begitu harapan saya (malah saya yakin harapan semua yang hadir juga) janganlah input-input yang diperolehi dalam Majlis Dialog seumpama ini dipendamkan atau sekadar tinggal dalam majlis sahaja dan tidak diselami oleh pegawai-pegawai dan pentadbir Kementerian-Kementerian yang berkenaan untuk diambil tindakan susulan. Tahniah dan Syabas kepada YB Dato' Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan dan YB Dato' Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Moga akan sentiasa cemerlang, InsyaAllah!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Majlis Dialog kekadang perabih duit aje ..tindakan susulan tak da..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?