HIMPUNAN 100 HARI PARA BLOGER
=
Gambar-gambar diambil dari: minaq-jinggo.fotopages.com
Gambar-gambar diambil dari: minaq-jinggo.fotopages.com
Meriah dan Terharu, itulah dua ungkapan yang mampu menggambarkan Majlis Himpunan 100 Hari Para Bloger yang telah berlangsung di Blog House pada malam Sabtu yang lepas. Lebih 200 bloger dari pelbagai genre telah sudi menghadiri majlis ini. Antaranya Rocky Bru, Kuda Kepang, TV Smith, Ancient Mariner, ShanghaiFish, Nuraina Samad, Datuk Paduka Marina Mahathir, Raja Petra Kamaruddin & isterinya, Bernard Khoo, Big Dog, Haris, Dave, Yati, Sultan Muzaffar, Wati, selain itu para bloger dari kalangan YB juga tidak ketinggalan antaranya YB Jeff Ooi, YB Ronnie Liu, YB Loh Gwo-Burne, YB Nurul Izzah, dan yang paling mencuri perhatian ialah YB Datuk Mukhriz, satu-satunya Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menghadirkan diri meskipun bakal menjadi bapa untuk kali yang ke-4, (katanya isterinya bakal melahirkan cahaya mata pada bila-bila masa!) Syabas Datuk!
Raja Petra dalam ucapan singkatnya, menganggap para bloger yang berhimpun pada majlis itu adalah himpunan insan yang mengenepikan fahaman politik, bangsa, agama dan warna kulit. Itulah semangat Bangsa Malaysia. Saya benar-benar terharu mendengar ucapannya meskipun baru sahaja kembali dari soal siasat polis hampir 3 jam di Balai Polis Sentul.
Antara selebriti yang hadir ialah Erra dan suaminya Engku Emran serta Mr. Manager (Vernon - Pengurus Ning Baizura).
Majlis yang mendapat sokongan penaja-penaja antaranya AirAsia, LG, Celcom dan pelbagai korporat dan individu yang tidak mahu dikenali, berjalan dalam suasana meriah dan harmoni. Pedulilah jika rakyat sedang dimomokkan dengan 'politik yang semakin kotor', suasana di Blog House adalah jauh sebaliknya. Syabas dan tahniah kepada para AJK yang telah bertungkus lumus, antaranya: RockyBru, Tony Yew, Bernard Khoo, Gobloking, Yati, Nuraina dan semua yang telah berusaha memastikan majlis berjalan lancar!
Ulasan