HARI POPULASI SEDUNIA - 11 JULAI 2008


Pada tahun 1968, para pemimpin dunia mengisytiharkan bahawa setiap individu mempunyai hak asasi untuk menentukan secara bebas dan bertanggungjawab terhadap bilangan anak serta merancang kelahiran mereka. Selepas lebih 40 tahun, kaedah perancangan keluarga moden ini masih tidak dapat dikecapi oleh ratusan juta wanita, lelaki dan golongan muda.
Sambutan Hari Populasi Sedunia pada tahun ini yang disambut pada setiap 11 Julai memastikan hak penduduk dunia untuk merancang keluarga mereka. Sambutan ini menggalakkan aktiviti, acara dan penyebaran maklumat yang mampu membantu mencapai matlamat ini, khususnya golongan muda dan terpinggir yang sukar mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan untuk merancang keluarga mereka.
Bila manusia boleh merancang keluarga mereka, mereka boleh merancang kehidupan mereka. Mereka boleh merancang mengatasi kemiskinan. Mereka boleh merancang ibu dan anak yang sihat. Mereka boleh merancang mencapai kesamarataan untuk golongan wanita. Rancanglah untuk menyokong Hari Populasi Sedunia tahun ini! Jumlah penduduk dunia setakat 1 Julai 2008, dianggarkan seramai 6,707,035,000 orang.

Rancang Untuk Mengatasi Kemiskinan. Rancang Untuk Memperolehi Kesamarataan. Rancang Untuk Mengatasi Kematian Kandungan.

(Disesuaikan daripada www.unfpa.org)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tahniah tuan kerana memberikan maklumat yg berguna

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?