LOW YAT 2 & IMPIAN SUKU ABAD!
Saya
mula menggunakan komputer di penghujung tahun 80an. Ketika itu, komputer adalah agak besar dan
mengambil ruang yang besar. Ketika itu,
sistem operasinya adalah berasaskan MS-DOS.
Menggunakan cakera liut (floppy
disk). Tidak ada Plaza Low Yat
ketika itu. Yang ada ketika itu adalah
Plaza Imbi yang menempatkan puluhan kedai-kedai komputer. Plaza Imbi pula selalu dikhabarkan pusat
jualan pelbagai barangan berasaskan komputer samada yang tulin mahupun tiruan.
Saya
sendiri ketika mahu membeli komputer yang mahu digunakan untuk bermain ‘game’ sahaja pada awalnya mengambil
masa lebih dua minggu untuk memastikan saya tidak ditipu. Maklumlah ketika itu membeli komputer dengan
perbelanjaan hampir RM4,000 adalah satu pelaburan yang agak besar. Setelah hampir dua minggu saya menyelusuri
dan meninjau-ninjau, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli di sebuah kedai
di situ.
Selepas
Plaza Imbi menjadi pusat barangan tiruan, selepas sedekad muncul pula Plaza Low
Yat pada penghujung tahun 90an. Tanyalah
siapa sahaja yang menggunakan gadjet yang paling minima hatta telefon bimbit
yang paling murah, tentu sahaja pernah menjejaki kaki di sini.
Siapa
sahaja yang berkunjung ke Kuala Lumpur seperti tidak lengkap kunjungannya jika
tidak ke Plaza Low Yat apatah lagi jika dia mengikuti perkembangan dunia teknologi
informasi.
Begitulah
Plaza Low Yat menjadi tumpuan pengunjung luar dan dalam negara. Ketika heboh diperkatakan mengenai kejadian
kes curi melibatkan seorang pemuda Melayu, saya hanya tersenyum. Apa tidaknya, kes curi di Plaza Low Yat adalah
sangat terpencil, hanya mereka yang benar-benar berani untuk menjadi di Plaza
Low Yat.
Namun
kes penipuan dan jualan barangan tidak asli memang dapat dikesan di Plaza Low
Yat, walaupun bilangannya tidaklah begitu meruncing. Namun faktor-faktor lain seperti penetapan
harga adalah sangat ketara di sini.
Apabila
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
mengumumkan penubuhan ala-ala Plaza Low Yat di bangunan MARA di ibu kota,
tentulah ramai pengguna khususnya orang Melayu merasa teruja.
Namun
sekadar penubuhan bukanlah sesuatu yang mustahil, ini kerana rangkaian
pengedaran daripada sumbernya di kuasai oleh mereka yang telah bertapak di
Plaza Low Yat sekian lama. Jika KPDNKK benar-benar serius, usaha mendapatkan
produk haruslah bermula dari sumbernya dan tidak bergantung kepada orang tengah
sahaja. Hal ini boleh direalisasikan
dengan kerjasama di semua peringkat bersama Kementerian lain misalnya
Kementerian Perindustrian Antarabangsa (MITI).
Selepas
hampir suku abad kewujudan Plaza Imbi dan kemudiannya Plaza Low Yat serta selepas
insiden pemuda Melayu mencetuskan pertembungan kaum, maka KPDNKK mula
memikirkan alternatif untuk Plaza Low Yat.
Selain mewujudkan alternatif untuk Plaza Low Yat rasanya KPDNKK juga
harus berterusan memastikan tiada barangan tiruan dijual di situ atau di
mana-mana sekalipun.
Harapannya
kewujudan ala-ala Plaza Low Yat di Medan MARA tidak hanya hangat-hangat tahi
ayam tetapi harus mampu bertahan biarpun Menteri silih bertukar ganti!
Mungkin
selepas suku abad nanti, kisah sebenar rusuhan di Plaza Low Yat akan diketahui
oleh rakyat Malaysia.
Ulasan