APABILA PERDANA MENTERI TAKUT DI NEGARA SENDIRI?
Jun
lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menghadirkan diri ke
dialog anjuran badan bukan kerajaan, Sukarelawan Guaman (SukaGuam). Antara alasan yang diberikan adalah faktor
keselamatan.
Program
Nothing2Hide yang dianjurkan oleh
SukaGuam dengan objektif untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri bagi
menjelaskan persoalan mengenai 1MDB.
Namun majlis dialog ini tidak dapat dilangsungkan sungguhpun mereka yang
dijemput telah berada di lokasi majlis.
Antara yang hadir adalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
Susulan
pembatalan majlis dialog tersebut, Pengerusi SukaGuam telah meletakkan jawatan
sebagai Ketua Pemuda UMNO Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua
Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia pada Julai lalu.
Hari
ini ketika Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa
(IACC) di Putrajaya, Perdana Menteri yang sepatutnya menyampaikan ucaptama juga
tidak hadir setelah dinasihati oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Paul Low.
Sekali
lagi ‘alasan keselamatan’ menjadi modal bagi meminta Perdana Menteri tidak
hadir dalam sebuah persidangan dwitahunan yang menghimpunkan hampir 1,000
delegasi daripada 130 buah negara.
Ironinya,
adakah pihak polis dan pasukan keselamatan lain yang mampu mengawal ratusan
ribu para peserta himpunan Bersih tidak mampu memberi jaminan keselamatan
kepada seorang Perdana Menteri dalam sebuah lokasi tertutup?
Amatlah
malang dan memalukan PDRM, KDN dan lain-lain institusi keselamatan jika hal
mengenai keselamatan berterusan menjadi alasan untuk tidak membolehkan Perdana
Menteri memberikan buah fikirnya.
Dalam
ucapan Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugas menuntut jawapan
daripada Perdana Menteri dan dakwaan skandal yang melibatkan ‘derma’ sebanyak
RM2.6 billion.
“Kita mahu lihat lebih banyak kemajuan tetapi perkara itu tidak
dapat berlaku selagi terdapat soalan tidak berjawab berhubung AS$700 juta yang
masuk ke akaun peribadi perdana menteri”.
Apa yang berlaku adalah dengan ketidakhadiran
Perdana Menteri ‘kilang fitnah dan prasangka’ bekerja lebih masa.
Perdana Menteri harus menggunakan peluang ini
di hadapan lebih 1,000 delegasi daripada 130 buah negara untuk menjelaskan
mengenai ‘derma’ yang dimaksudkan bagi menjernihkan keadaan.
Seperti tidak masuk akal, apabila Perdana
Menteri merasa tidak selamat di halamannya sendiri, mungkin Menteri Keselamatan
Dalam Negeri boleh menjelaskan isu keselamatan Perdana Menteri buat kali kedua
ini.
Ulasan