HARI-HARI TERAKHIR SEORANG 1MALAYSIA?
Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun), salah satu yang diperkenalkan oleh beliau adalah konsep 1Malaysia. Melihat kepada gagasan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib, konsep dan gagasan ini memang ada keunikkannya, walaupun ramai yang mendakwa ianya diciplak daripada 1 Israel. Walaupun hal ini tidak dapat dibuktikan, namun dengan deretan penasihat yang membarisi panel Perdana Menteri, rasanya tidak sukar untuk meneka dalam kesamaran. Selepas itu, segala macam benda mahu di 1Malaysiakan. Sebutlah apa sahaja yang menjadi keperluan, semuanya adalah ber1Malaysia. Daripada kedai kain, kedai runcit, klinik, susu untuk murid-murid sekolah, kedai ikan, menu rakyat dan berbagai lagi. Akhirnya satu demi satu jenama menggunakan 1Malaysia mulai dilupakan. Apa dah jadi dengan Kedai Ikan 1 Malaysia yang dirintis oleh seorang pengusaha restoran ikan bakar. Tidak ...