KEMPEN PENURUNAN HARGA 2015!

Semalam dilancarkan kempen penurunan harga barangan di seluruh negara.  Dikhabarkan bahawa lebih 82,000 produk keperluan harian seperti makanan dan pakaian ditawarkan dengan diskaun antara 10 hingga 70 peratus. 

(Kempen Pernurunan Harga yang ditunjukkan hanya sekitar 3% daripada harga asalnya - Gambar dari http://teganukita.my)
Kempen besar-besaran pada kali ini melibatkan lebih 1,000 cawangan pasar raya di seluruh negara.  Sebanyak 16 pasar raya besar mengambil bahagian.  Pasar raya besar yang terlibat adalah Aeon Big, Giant, Mydin, Milimewa, Econsave, 99 Speed dan The Store.

Ironinya kempen penurunan harga barang yang dilancarkan bermula semalam adalah selepas kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak RM0.25 sen selepas hanya beberapa ketika diturunkan.

Tidak pasti adakah harga barangan yang diturunkan adalah barang-barang keperluan seharian atau barangan kurang perlu seperti pakaian atau lain-lain barangan.

Adakah pasar raya yang menurunkan harga berbuat demikian atas sifat sukarela atau pun terpaksa bagi memenuhi permintaan kerajaan.  Jika benar, apa pula yang dijanjikan oleh pihak kerajaan.

Jika benar harga lebih 82,000 barangan dapat diturunkan, adakah kita sebagai pengguna tertipu selama ini.

Namun adalah tidak mustahil hal ini dapat dilakukan kerana pasar raya besar membeli dalam skala yang besar malah pada masa ini pun terdapat perbezaan harga yang agak ketara sesama mereka.

Harapanya kempen penurunan harga yang dilaksanakan tidak hanya sebagai satu gimik oleh pihak kerajaan untuk mengabui mata rakyat atau untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu yang lebih besar.

Walaupun dikhabarkan bahawa penurunan harga adalah di antara 10 hingga 70 peratus, namun realiti sebenarnya hanya diketahui dan dirasai oleh para pengguna.

Sebagai seorang pengguna, tentulah kempen penurunan harga seperti yang dilaksanakan bermula semalam sesuatu yang ditunggu-tunggu apatah lagi dengan kenaikan dan ketidaktentuan harga minyak pada masa ini.

Sesuatu yang menarik adalah apabila kempen seperti penurunan harga dan pemberian subsidi diuar-uarkan oleh kerajaan melalui media dengan begitu meluas, namun tiada apa-apa pengumuman apabila sesuatu subsidi ditiadakan, contohnya adalah ketiadaan dan penghapusan rebat 20% bagi pengguna kerap di lebuhraya PLUS. 

Saya yang selama ini menikmati rebat 20% tiba-tiba dikhabarkan bahawa rebat tersebut telah ditiadakan beberapa bulan yang lalu.


Mungkin Menteri Kerja Raya atau pihak-pihak di Jabatan Perdana Menteri boleh memberikan pencerahan berhubung perkara ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
asyik rakyat je kena kencing..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?