SALUTE MALAYSIA?

Anehnya, penganjur kempen Salute Malaysia merujuk kepada acara Sure Heboh yang sebenarnya telah menerima kritikan secara terbuka dan dengan pantas menukar acara santai untuk seisi keluarga dengan nama Jom Heboh.

Dengan lambakan pelbagai istilah bahasa Inggeris dalam kehidupan harian kita, jati diri rakyat Malaysia khususnya golongan muda semakin terhakis.  Adakah kita patut bangga dengan Bangsar South, Precint, Bolouevard dan sebagainya.

Yayasan Perdana Ummah khabarnya meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris pada kempen kesedaran semangat cintakan Malaysia, yang dianjurkan oleh mereka.  Memanglah sesuatu yang terpuji untuk menggerakkan kempen sedemikian apatah lagi pada ketika ini semangat jati diri dan cintakan negara semakin menipis seperti lapisan ozon.

Ironinya, penganjur khabarnya telah melakukan soal selidik dan mendapati pelajar-pelajar sekolah telah memilih untuk menggunakan Salute Malaysia berbanding Tabik Malaysia.  Adalah tidak pasti adakah pihak Yayasan Perdana Ummah (YPU) sedang merasionalkan tindakan mereka. 


Namun apa sahaja alasan yang diberikan, adalah lebih baik kita mengakar kepada jati diri bangsa dan budaya masyarakat Malaysia daripada melakukan soal selidik yang sememangnya tidak akan memberikan satu keputusan berasaskan hasrat dan jati diri rakyat Malaysia.

Jika YPU benar-benar mahu membantu kerajaan menyuntik semangat jiwa patriotik kepada warga Malaysia terutamanya golongan remaja, mereka seharusnya memilih Tabik Malaysia yang sekali gus adalah dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, jika golongan remaja tidak didedahkan dengan kaedah yang betul, maka kempen Salute Malaysia samalah juga seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Sebagai sebuah entiti yang berhasrat membantu kerajaan, keadah dan pelaksanaan haruslah betul dan tidak menghalalkan cara dan berselindung dengan soal selidik yang telah dijalankan atau mengambil pendekatan yang popular. 

Tidakkah YPU pernah terfikir mengenai jawapan para remaja jika soal selidik dikemukakan kepada golongan remaja untuk memilih persembahan k-pop dan tarian zapin untuk sebuah majlis? 

Alasan bahawa perkataan salut terdapat dalam Kamus Dewan yang memberikan maksud hormat, maka sebagai sebuah entiti yang terlibat dengan golongan muda maka yang lebih afdal adalah mengekalkan keaslian bahasa Melayu dalam  kempen mereka.


Tabik Malaysia!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alahai malaysia ku..
SIS berkata…
sayang pada Bahasa Kebangsaan dicacamarbakan...generasi akan datang yg akan keliru..
Tanpa Nama berkata…
Tanah tumpahnya darahku..... Malaysia negara kita sejak kita lahir sehingga sekarang.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?