BARU KAJIAN MENYELURUH!


Ramai antara kita khususnya yang terlibat dalam perniagaan apatah lagi melibatkan pembelian dari negara luar merasa bimbang dengan perkembangan nilai matawang negara pada masa ini.

Matawang ringgit kini menyusut dan agak lemah berbanding matawang utama dunia seperti Amerika dan Singapura.

Memanglah lumrah seperti yang diungkapkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) apabila menyatakan  "Turun naik dalam berniaga ini biasa, tidak ada suatu yang tetap dalam dunia ini, kadang-kadang kita untung kadang-kadang kita rugi sedikit. Kadang-kadang ringgit naik, kadang-kadang jatuh, ini perkara biasa ikut keadaan pasaran.”
Malah menurut Menteri ini “kajian menyeluruh penyusutan ringgit sedang dijalankan”.
Soal naik dan turun adalah lumrah berdasarkan pasaran dunia namun apa yang luar biasa adalah apabila sebuah kementerian sepenting MITI masih lagi ‘berkaji-kaji’ dan tidak mempunyai pelan tindakan bagi mengatasi kemelut yang melanda matawang negara.
Selepas lebih setengah abad merdeka dengan segala kecanggihan teknologi dan pakar "Kita mempunyai pakar dalam kerajaan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan, EPU dan MITI, kita sepatutnya telah mempunyai Pelan B, Pelan C malah jika perlu  sehingga Pelan Z.
Ini bukanlah masa untuk melakukan kajian apatah lagi negara pernah mengalami situasi sedemikian, maka sewajarnya ‘tangki fikir’ negara telah menggerakkan pelan yang sepatutnya berdasarkan situasi dan bukan melakukan kajian menyeluruh!
Mungkin selepas ini kerajaan juga harus melakukan kajian menyeluruh sebelum menaikkan harga bahan api sekiranya harga minyak melonjak ke paras lebih tinggi. 

Selamat melakukan kajian menyeluruh dan komuniti perniagaan sedang terbakar jari!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alahai miti

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?