DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA …

Tahun ini kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57. Tidak seperti sebelum ini, sambutan Merdeka pada kali ini tentulah agak menyedihkan apatah lagi dengan ujian dari Allah SWT kepada seluruh rakyat Malaysia. Dua ujian besar dalam tempoh kurang 100 hari terhadap rakyat Malaysia khususnya syarikat penerbangan nasional, MAS. Insiden pertama pada 8 Mac lalu, melibatkan penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan kru masih lagi menjadi teka-teki sehingga kini. Ketika umat Islam seluruh dunia sedang menjalani ibadah Ramadan, dan kurang daripada dua minggu merayakan Aidil Fitri, satu lagi insiden melibatkan penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Insiden pada 17 Julai itu melibatkan 298 penumpang dan anak kapal yang tidak berdosa. Dalam usaha Kerajaan memberikan yang terbaik kepada mangsa-mangsa MH17 yang tidak berdosa, misalnya penghormatan tentera yang tidak pernah diberikan kepada orang awam, Kerajaan dicemuh oleh segelintir pi...