HEBAT SANGAT KLIA HINGGA TIDAK BERBOMOH …

Ketika kita sedang hebat mempergiatkan usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dengan bantuan negara-negara lain dengan pelbagai cara mencakupi ruang udara, laut dan darat, ada juga usaha-usaha spiritual.

Seperti yang diungkapkan oleh mantan juruterbang Kapten Nurudin Abd Majid, “apabila kekehebatan sains berakhir, di situlah mulanya kekuasaan Allah SWT.”

Namun apabila muncul pula seorang bomoh yang menggunakan kaedah tersendiri, tiba-tiba Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa “rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur syirik, khurafat serta penipuan”. 

Hebatnya JAKIM sehingga dengan hanya melihat boleh membuat kesimpulan bahawa bomoh yang dimaksudkan bergulat dengan syirik, khurafat dan penipuan.

Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang mempercayai dengan perbomohan, namun saya tidak pernah menolak jika ada rakan-rakan yang mahukan saya menemani mereka untuk tujuan tersebut.  Ini kerana kepada saya ia juga adalah juga suatu usaha yang dituntut dalam Islam. 

Sama ada kaedah perbomohan yang digunakan bercanggah, itu adalah urusan sibomoh dan yang menggunakan khidmat itu dengan Allah SWT.

Malah senarai pengalaman saya menemani rakan-rakan ke rawatan perbomohan agak panjang, sehingga saya kadang-kadang mahu sahaja membukukannya sehingga menjadi sebuah direktori yang lengkap.

Setiap kali menemani rakan-rakan, maka dapat dilihat dan didengar daripada mereka yang hadir bagaimana sipolan atau sipolan yang terdiri daripada orang-orang penting dalam hireki masyarakat dan politik negara menjadi pelanggan sibomoh itu. 

Apabila bomoh Ibrahim Mat Zin yang khabarnya dijemput oleh seorang penting dan menggunakan kaedah yang dianggap kononnya ‘memalukan negara’ seperti yang didakwa oleh Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin dan kemudiannya dilabel sebagai syirik, khurafat dan penipu, maka masyarakat secara umum turut memperlekeh satu lagi  usaha mencari pesawat MH370 yang hilang.

Pada saya kaedah bomoh Ibrahim dengan ritual tikar dan kelapa bukanlah sesuatu yang luar biasa.  Lihat sahaja filem dan kandungan di televisyen kita, apa yang disogokkan, bukankah unsur-unsur syirik, perbomohan, dan khurafat. 

Maka ianya menjadi halal di mata JAKIM, kerana ada kapsyen yang mengatakan bahawa semua yang dipaparkan hanyalah untuk tujuan pengajaran semata-mata.
Orang Melayu seperti Khairy Jamaluddin dan masyarakat Melayu secara umum serta  perbomohan bukanlah sesuatu yang asing.  Daripada peringkat kelahiran sehingga mahu menemui ajal, bomoh dalam masyarakat Melayu adalah sangat berkait rapat. 

Malah menggunakan khidmat bomoh oleh orang politik juga bukanlah sesuatu yang baru.  Daripada pencalonan sebagai ketua cawangan hinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi, bomoh dan orang politik berpisah tiada.

Sama ada JAKIM sedar atau tidak atau buat-buat tidak tahu tidak pasti.  Mungkin juga Menteri dan mantan Menteri yang berkaitan dengan JAKIM boleh memberikan pencerahan terhadap isu penggunan bomoh.

Komen saya dalam media sosial muka buku, minggu lalu, “mungkin JAKIM juga harus memberi tazkirah kepada orang politik atau JAKIM pura-pura tak tahu”!


Mungkin juga JAKIM perlu selidik tanggapan  bahawa pembinaan KLIA juga dimulai dengan ritual dan perbomohan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
syabas tuan...
SIS berkata…
biasakan yg betul..betulkan yg biasa..perbomohan yg terus kpd ALLAH itu bkn syirik..tetapi yg menggunakan perantaraan Syaitan itu yg patut ditegah..jgn anak2 kita disogok dgn perkara2 syirik dan mengganggap itu perkara biasa..
SIS berkata…
Ni kata2 Ustaz Haron Din..
"Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Read more: http://www.harianblogger.com/mh370-bomoh-dr-harun-din-mula-berbicara/#ixzz2wDF1oVFZ

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?