KAMI TAHU APA YANG KAMI LAKUKAN!
Sejak kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak yang mengambilalih tampuk kuasa pada Mac 2009, banyak perubahan dan transformasi yang telah diutarakan. Sebaik sahaja dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, beliau telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kini, selepas hampir empat tahun, walaupun banyak perubahan fizikal dan spiritual, namun mentaliti lama dan kotak fikir usang masih menjadi ‘bau’ yang mengikuti kebanyakan pemimpin di negara ini tidak terkecuali menteri kabinet sekalipun. Episod pendaratan lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera di pesisiran pantai Lahad Datu pada 12 Februari 2013 kini masih menjadi tanda tanya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Kotak fikir para pemimpin di semua peringkat seperti Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang masih mendakap mentaliti ‘government know best’ seharusnya telah lama dipinggirkan, ini keran...