SAYONARA SHARIZAT!

Hari ini, keranda jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang disandang oleh Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akan ditutup. Ini menandakan jawatan kabinet yang disandangnya sejak penubuhan Kementerian khusus bagi kaum wanita di negara ini akan terus dikenang di dalam lipatan sejarah. Beliau adalah Menteri pertama kementerian tersebut.

Memulakan kerjaya politik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia & Sukan. Melangkah setapak demi setapak, kerjaya politik beliau dikembangkan dan akhirnya menjadi Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga apabila ianya diangkat sebagai sebuah kementerian yang penting di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 2001. Pada tahun 2004, kementerian ini ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Setelah tiga kali menikmati kejayaan di Parlimen Lembah Pantai pada tahun 1995, 1999 dan 2004 akhirnya beliau tumbang pada tahun 2008 apabila tsunami melanda politik Malaysia.

Beliau dilantik menjadi Senator pada April 2009 dan dipilih semula menjadi Menteri, selepas memenangi jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO mengalahkan Rafidah Aziz.

Isu Sharizat menjadi hangat apabila dikaitkan dengan National Feedlot yang diusahakan oleh syarikat milik keluarganya yang diketuai oleh suami beliau. Sharizat tidak meletak jawatan sama ada sebagai Menteri mahupun sebagai Ketua Wanita walaupun khabarnya terdapat desakan yang kuat daripada akar umbi bagi beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Pelantikan beliau sebagai Senator yang berakhir hari ini tidak memungkin beliau memegang jawatan menteri, jadi sebenarnya inilah keistimewaan Sharizat!

Isu NFC menjadi sangat hangat, walaupun telah dinafikan oleh Sharizat bahawa beliau tiada kena mengena dengan perjalanan dan operasi NFC. Namun apa yang menghairankan ialah apabila Perdana Menteri mengekalkan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan sekaligus melenyapkan impian sesiapa sahaja yang mahu memegang jawatan sebagai Ketua Wanita secara mudah.

Mungkin Perdana Menteri merasakan ini bukanlah masa yang sesuai untuk meminta Sharizat melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO, keadaan akan menjadi lebih buruk atau mungkin akan menyebabkan sokongan kepada wanita UMNO akan lebih tercalar.

Walauapapun, sumbangan Sharizat terhadap institusi wanita di negara ini bukanlah sedikit, sebagai seorang Menteri beliau adalah seorang yang komited demi meningkatkan imej dan taraf hidup wanita seluruhnya di Malaysia. Mungkin malang bagi beliau kerana isu NFC yang telah mengheretnya ke kancah yang tidak memungkinkan beliau terus bertahan sebagai seorang Menteri.

Jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO juga mungkin sekadar menghitung hari, barangkali sehingga berakhirnya Pilihanraya Umum 13. Sama-sama kita tunggu langkah beliau seterusnya. Kepada Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, selamat jalan dari jawatan Menteri!

Ulasan

anep berkata…
apa nak heran..
CT berkata…
sepatutnya jawatan ketua wanita juga harus dilepaskan..
sis berkata…
suami punya kerja isteri yang kena tanggung..nasib badan..
ustazah berkata…
elok la skurangnya menteri sharizat bermula ngan nmpak jambul dan berakhir ngan pakai tudung..ok kan..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?