AIRASIA OH AIRASIA!
Saya sudah serik menggunakan perkhidmatan AirAsia, betul jika terdapat pilihan walaupun dengan harga sedikit tinggi, saya mengelak menggunakan perkhidmatan tambang murah itu, yang menggunakan tagline – kini semua orang boleh terbang! Saya serik bukan kerana tambangnya ‘benar-benar’ murah, bukan. Tambang AirAsia memang murah berbanding pesaingnya namun bukanlah murah sebenar-benarnya. Kuasa dan kesedaran kepenggunaan di negara kita tidak begitu tinggi, dalam erti kata lain, persatuan-persatuan pengguna di negara kita masih lagi diperlekeh oleh kapitalis. Kisah penerbangan murah negara kita menjadi peneraju di beberapa buah negara luar adalah sesuatu yang menarik, apabila Tony Fernandes memilih untuk memulihkan sebuah syarikat penerbangan milik Kerajaan menjadi sebuah syarikat penerbangan yang berkembang begitu pesat tentulah amat membanggakan. Namun pengalaman menggunakan penerbangan AirAsia (sekurang-kurangnya pengalaman peribadi) memang amat mengecewakan dan memperlekeh...