RENCANA KHAS

Rencana Khas Sudah Lama Aziz Bari Mendirikan Rumah Di Tepi Pantai UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menggantung tugas Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Abdul Aziz Bari (foto) mulai semalam. Penggantungan itu ekoran siasatan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) terhadap penysrah kanan itu. Aziz Bari disiasat polis ekoran terdapat lima laporan polis berhubung kenyataanya yang dianggap sebagai menyentuh kedudukan sultan Selangor. Salah seorang makhluk yang membuat laporan polis ke atas Aziz Bari ialah seorang senator dari Umno. Mudah-mudahan sempena ulang tahun sultan nanti senator itu akan dikurniakan gelaran Datuk memandangkan jasa-jasa dan bakti besarnya kepada Umno termasuk memburukkan bekas bosnya sendiri dan 'mendolor' bos barunya. Manusia seperti itulah yang mendapat sanjungan Umno. Saya tidak mahu mengulas sebab musabab mengapa siasatan itu dibuat ke atas Aziz Bari dan apakah ianya relevan atau tidak. Umum sudah mengetahuinya serba sed...