TRIBULASI KEHIDUPAN ...

Hari ini saya bertegas tidak mahu memenuhi sebarang undangan mahupun ‘mesyuarat’. Selepas pertemuan terakhir dengan abang saya di Pandan Cahaya, saya bergegas pulang sebelum Maghrib. Saya ada janji temu ‘batin’ pada jam 10 malam nanti. Sebenarnya bukanlah apa, saya sengaja menyantaikan diri saya untuk mengikuti kesudahan drama Cina di NTV7. Sejak dahulu saya sentiasa mengikuti drama Cina dan Korea di kaca televisyen. Berbanding drama-drama Melayu, saya lebih ‘taksub’ mengikuti dengan tekun drama-drama Cina dan Korea. Hal ini adalah kerana jalan cerita dan kualiti drama-drama Cina sama ada dari luar mahupun produksi tempatan. Tribulations of Life yang disiarkan di NTV7 sejak 30 Disember 2010 adalah drama Cina tempatan sebanyak 30 episod. Berlatarbelakang tahun 1970an dan 80an, Tribulations of Life berkisar mengenai keluarga Fu, seorang pemilik kedai ubat Cina. Kisah cinta tiga segi dua beradik, cemburu, dan persaingan dalam perniagaan, kita seolah-olah melih...