TERIMA KASIH ZULKIFLI, ROSLI, ISMAIL & CIKGU SAFRI …


Ketika itu jam 10.30 malam, saya masih tekun menonton siri berbahasa Cina di NTV7. 22orang murid peserta kem 1Malaysia terjatuh ke dalam Sungai Kampar kerana jambatan gantung runtuh. Mereka semua adalah sebahagian dari 298 murid dan 23 orang guru yang menyertai Kem 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sebagai ibu bapa, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana tentulah usaha memastikan keselamatan murid-murid ini telah diambil pada tahap maksimum. Namun jaminan Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran untuk memastikan satu Jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat punca keruntuhan jambatan gantung amat dialu-alukan.

Membaca laporan mengenai tragedi, saya tidak mampu membendung air mata saya di atas sikap spontan tiga pengawal keselamatan: Zulkifli Mohamad, Rosli Mohamad dan Ismail Ahmad serta seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar terjun ke dalam sungai yang deras airnya untuk menyelamatkan lebih 19 orang murid yang berpaut pada tali jambatan.

Blog ini merakamkan penghargaan kepada empat insan istimewa yang bertungkus lumus menyelamatkan anak-anak tragedi jambatan runtuh. Moga Allah SWT akan membalas jasa dan pengorbanan mereka. InsyaAllah. Semoga roh dan semangat 1Malaysia akan terus didakap oleh seluruh rakyat Malaysia!

Ulasan

SIS berkata…
malaysia boleh..1malaysia pun boleh...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...
ustazah berkata…
terharu ...
Wak bebel berkata…
salam.aku baru baca hang punya blog.terbaca kisah hang reunion ambang anika. kenangan smartshop cukup indah...awat x habaq kat aku?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?