INILAH CARA MEMPERJUANGKAN ISLAM ...?
Gambar-gambar untuk renungan!
Nama saya Esfahan, umur saya 8 tahun, saya dah banyak belajar cara-cara memandu, kalau kita lambat kita boleh guna emergency lane, ………………. Tak sabar rasanya nak bawa kereta sendiri. Inikah yang ingin kita wariskan kepada anak-anak kita?
Inilah iklan komuniti Radio Sinar FM, mengenai kempen jalan raya. Entah mengapa akhir-akhir ini saya merasa amat bimbang dan resah dengan beberapa perkmbangan masyarakat Malaysia, tak kiralah samada masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Janganlah beranggapan saya tidak cukup Islam hanya kerana membantah cara dan tindakan sesetengah pihak dalam memperjuangkan Islam.
Kalau inilah caranya yang ingin kita wariskan untuk memperjuangkan Islam, saya rasa Islam akan terus diperlekeh dan dipandang rendah. Bukankah Islam sentiasa melaungkan permuafakatan dan musyawarah. Bukankah Islam sentiasa mengambil pendekatan bijaksana dan berhemah. Mungkin saya silap atau orang ramai yang betul. Renungkan!
Ulasan