CHIN PENG, LU SIAPA?

Saya diserang demam yang teruk beberapa hari yang tidak memungkinkan saya meng' update ' blog saya. Tiba-tiba sahaja demam saya kebah. Puncanya kerana saya naik ' hangin ' apabila Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat saranan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia. Apa ni, dah tak cukup modal ke nak memenangi hati kaum Cina! Selepas sekian lama bergelumang dengan fahaman komunis dan sebahagian besar usianya dihabiskan di negara luar, Chin Peng yang kononnya dilahirkan di Sitiawan tiba-tiba sahaja mahu diangkat sebagai hero untuk kembali ke negara ini. Sebenarnya walaupun Chin Peng masih memegang kerakyatan negara ini (saya tidak pasti samada masih bergelar warganegara Malaysia), tetapi tindak tanduknya menentang tentera melalui gerakan komunisnya sudah cukup memadai untuk menghalangnya kembali ke negara ini. Saya bukanlah manusia berhati kering, tetapi menggunakan kewajaran kemanu...