CHEDET.COM-BLOGGING TO UNBLOCK
Saya tak pasti samada saya tergolong dalam orang-orang yang sunyi (loner), tapi setiap kali bercuti saya pasti mem'borong' sejumlah buku (selain dari yang sedia dibawa dari rumah) di tempat saya bercuti, misalnya setiap kali pulang beraya di utara, saya pasti memborong segala macam akhbar termasuk tabloid dan picisan, dan yang menariknya pada cuti lebaran yang lalu saya mem'borong' salah satu buku blogger yang hitsnya mencapai 1 juta dalam tempoh 30 hari sahaja dan mencapai 2 juta hits pada hari ke-48!
Tun Dr. Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri yang kita semua kagumi) menjadi blogger selepas ruang bersuaranya seolah-olah ditapis dan disekat oleh media arus perdana, cetak dan elektronik.
Saya mula berblog lebih kurang 2 minggu lebih awal dari Tun Dr. Mahathir pada 17 April 2008 selepas berakhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.
Buku 'Blogging To Unblock' uniknya adalah petikan artikel dari blog Tun Dr. Mahathir yang disusun mengikut lima tema utama: Badan Kehakiman/Suruhanjaya DiRaja, Pentadbiran/Kepimpinan, Malaysia Berbilang Kaum, Umum, UMNO dan Corat-coret.
Bermula dengan posting yang pertama 'The Appointment of Judges' pada 1 Mei 2008, chedet.com terus menjadi ikutan bagi menyelami pandangan kritis Tun Dr. Mahathir. Sehingga September 2008, chedet.com telah mencapai 6 juta hits!
Selain membaca tulisan beliau dalam blognya, buku yang diterbitkan oleh Berita Publishing (RM25.00) adalah satu yang harus dimiliki kerana keunikan dwibahasanya!
p/s: Buku ini saya beli di kedai runcit sahaja dan BUKAN di kedai buku, apabila saya tanya pada sipekedai itu mengapa dia boleh menjual buku di kedai runcitnya..."Kalau buku Dr. Mahathir, jual di pasar pun pasti laris, satu pernyataan yang jujur saya kira!
Ulasan