CATATAN DARI BILIK 729

Foto perasmian Persidangan Ahli Parlimen Komanwel ke-54 oleh
YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Rasanya dah lama sangat blog ini tidak di'update', bukannya apa kerana hambatan tugas, lebih 2 minggu berumah di bilik 729, Hotel Impiana, Kuala Lumpur. Walaupun hati diasak-asak untuk menjengah blog, nama hambatan dan tuntutan tugas melebihi segalanya. Malah lebih 2 minggu seperti orang 'mabuk' memastikan tanggungjawab yang diamanahkan sempena Persidangan Ahli Parlimen Komanwel Ke-54, di mana, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kali ke-5, selepas menjadi tuan rumah kali kali terakhir pada tahun 1996.

Sempena Persidangan tahunan Ahli-ahli Parlimen Komanwel 57 buah negara kali ini, kami diberi amanah untuk menerbitkan buletin harian selama 5 hari persidangan utamanya berlangsung.

Dengan tugas penerbitan dan pelaporan setiap hari, walaupun buletin ini hanya mengandungi 8 muka surat A4 sahaja, tanggungjawab bagi memastikan buletin siap dicetak dan sampai ke dewan persidangan setiap pagi. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan, namun tugas ini dapat diselesaikan malah tidak sunyi dengan salah dan silap. Maklumlah dengan bantuan editor 'otai' tidak dapat dinafikan tugas ini bukanlah semudah yang disangkakan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Masyuk, masyuk masyuk, bila nak lanja tu...moga murah rezeki!
Tanpa Nama berkata…
patutla dok senyap aje..rupanya ada misi nasional...oops..Misi berbahaya! Tahniah apa pun..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?