APA SELEPAS BERSIH 4.0?

Himpunan Bersih versi ke-4 telah berakhir sudah tepat jam 11.59 malam tadi menjelang ambang kemerdekaan. Himpunan yang mencatat sejarah bukan sahaja daripada segi kehadiran, ia juga mencipta rekod baharu dengan himpunan selama 34 jam sejak jam 2 petang hari Sabtu lalu. Walaupun kepimpinan khususnya daripada UMNO yang memperlekeh himpunan pada kali ini, namun semua yang terlibat tahu apa sebenarnya agenda utama himpunan pada kali ini. Himpunan Bersih pada kali ini juga menyaksikan pelbagai tindakan dan ungkapan yang agak dangkal daripada para pemimpinnya. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri yang menggunakan kuasanya untuk mengharamkan T-Shirt Bersih, warna kuning. Menurut Jadual dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 28 Ogos 2015 bernombor P.U. [A] 200 menggariskan: “Apa-apa pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan ‘Bersih 4’. Apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan Bersih 4...