KHIDMAT PELANGGAN KEDAI KAMI, PENERBIT BUDIMAN & TOK JANGGUT

Sejak dahulu saya memang suka kepada kisah-kisah berhubung dengan khidmat pelanggan. Walaupun di negara kita khidmat pelanggan bukanlah sesuatu yang sering menjadi keutamaan namun dengan perkembangan pesat dunia perniagaan tanpa sempadan, khidmat pelanggan yang cemerlang sering menjadi pilihan. Bayangkan jika harga bukan lagi menjadi ukuran aspek-aspek lain khususnya khidmat pelanggan sering menjadi faktor penentu. Dengan ledakan portal-portal belian atas talian yang memudahkan segala urusan pembelian malah kadang-kadang jauh lebih murah dan mudah maka jualan atas talian semakin hari semakin diminati. Seperti orang lain, saya juga sering membeli produk secara atas talian kerana mudah. Baru-baru ini saya membeli di sebuah portal atas talian ‘kedaikami’. Selepas memilih produk dan membuat bayaran saya dimaklumkan status pembelian saya sebagai berjaya. Namun selepas beberapa ketika, saya mendapat emel daripada penjual menyatakan bahawa pembayaran saya a...