MELAKA TANPA POLISTERIN & PLUS TANPA ROKOK!
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana mengambil pendirian tegas untuk mengharamkan pengunaan bekas makanan polisterin. Walaupun pada peringkat permulaan larangan ini hanya dikuatkuasakan terhadap semua kafe di bangunan kerajaan, premis makanan pihak berkuasa tempatan dan sekolah di negeri ini bermula 15 Mei depan. Dengan kesedaran umum mengenai ‘teknologi hijau’ memang sewajarnya Kerajaan bersungguh melaksanakan usaha-usaha menjadikan alam sekitar kita lebih lestari. Bekas makanan polisterin memang diketahui sukar diurai dan bakal menjejaskan alam sekitar. Khabarnya larangan ini adalah fasa pertama program ‘Melaka Tanpa Polisterin’. Fasa berikutnya akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula September tahun ini, sebelum diperluaskan ke semua premis makanan di seluruh Melaka termasuk bangunan swasta. Alternatif bagi bahan polisterin adalah galakkan untuk menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi dan mudah diurai seperti yang diperbuat daripada hampas t...