APA MAKNANYA KABINET 35?
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang baru (yang sebenarnya muka lama) dalam Kabinet beliau. Enam muka baru yang lama ini sebenarnya adalah daripada parti komponen MCA dan GERAKAN. Perlantikan wakil MCA ke dalam kabinet adalah ekoran Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu pada Februari lalu yang meluluskan resolusi untuk menerima perlantikan Kerajaan ke dalam kabinet. Sebelum ini, bekas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bertekad parti itu tidak akan menerima jawatan dalam Kerajaan jika pencapaian mereka dalam PRU -13 tidak memuaskan. Selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu pada Februari yang lalu di bawah kepimpinan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai parti itu telah meluluskan usul untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat. Antara yang terlantik adalah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diberikan amanah sebagai Menteri Pengangkutan yang s...