DIPLOMASI GAYA PANDA @ PANDIR!
Kisah panda China yang dipinjamkan kepada Malaysia bukanlah kisah yang baru, ianya telah diuar-uarkan sejak lebih setahun yang lalu. Pada minggu lepas panda yang menjadi bualan akhirnya tiba di bumi Malaysia. Dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China, kononnya bagi memperingati hubungan akrab dua buah negara yang dirintis sejak empat dekad yang lalu. Khabarnya sehingga kini, Kerajaan (baca:BN) telah berbelanja hampir RM70 juta bagi merealisasikan hubungan akrab dua negara ini. Anehnya, walaupun dengan hubungan akrab dua negara selama 40 tahun, namun Kerajaan China seperti ‘berbisnes’ dengan kita. Apa tidaknya, daripada jumlah RM70 juta yang telah dibelanjakan sehingga kini, RM20 juta adalah sebagai bayaran sewa bagi empat tahun pertama. Adakah Kerajaan BN begitu naif sehingga mahu percaya bahawa hubungan diplomatik dapat diakrabkan dengan perbelanjaan luar jangka, berat sebelah dan bodoh dengan pertukaran dua ekor panda yang menel...