CATATAN DARI KAKI BUKIT
Sejak awal tahun ini, tumpuan Siri Jelajah Budaya Selangor yang ditunjangi oleh Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) ialah di daerah Hulu Selangor yang merupakan perhentian keempat dalam siri jelajah ini. Menariknya, siri jelajah ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Seniman dan Sasterawan Malaysia (SESAMA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor. Benarlah pengalaman yang sekali ini amat berbeza daripada tiga buah siri jelajah yang pernah kami laksanakan setakat ini. Jelajah Budaya siri ini dilaksanakan di pekan Kuala Kubu Bharu, sebuah pekan yang amat meyenang dan menenangkan. Begitu teruja dengan pekan ini, sehingga ramai di antara kami memilih untuk tidak berulang seperti yang kami lakukan dengan siri jelajah sebelum ini. Pengalaman tiga kali mengendalikan siri jelajah tentulah tidak sama, malah setiap siri jelajah disulami cerita-cerita pengendalian yang memberikan pengalaman yang paling berharga, daripada hal-hal yang remeh sehinggalah kepada persoalan mengapa ‘si...