ADAB MAJLIS

Semalam telah berlangsung Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara yang telah menobatkan Datuk Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala, sebagai Sasterawan Negara yang ke-11. Sungguhpun beliau diumumkan pada Mei 2011 yang lalu, namun majlis pengurniaan secara rasmi oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung hanya berlangsung semalam.

Apa yang menarik ialah buat pertama kalinya Ketua Pengarah Dewan Bahasas dan Pustaka telah menyampaikan ucapan beliau di majlis ini yang lazimnya disampaikan oleh Menteri Pelajaran selaku Pengerusi Panel Penilai Anugerah Sastera Negara. Khabarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan kurang sihat dan telah meminta Ketua Pengarah DBP mewakili beliau.

Hampir 600 tetamu telah memenuhi Dewan Banquet Hotel Istana, yang khabarnya disiarkan secara langsung melalui RTM 1, memanglah wajar agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan perkembangan dan agenda dunia sastera seperti majlis yang penuh bermakna itu.

Pengisian pada malam tersebut yang paling mencuri tumpuan ialah namun segmen Fragmen yang menghimpun seluruh judul puisi-puisi yang pernah ditulis oleh Kemala. Fragemen arahan Rosdin Suboh menampilkan sketsa yang menarik di samping penyair Sani Sudin dengan gesekan gitarnya.

Walaupun majlis ini adalah majlis rasmi negara dengan tetamu kehormat adalah pasangan diraja, namun ada segelintir tetamu (mungkin yang terpaksa datang) sekadar memenuhi undangan seperti tiada adab apabila suara gelak dan bual mereka begitu jelas kedengaran ketika Kemala membacakan ucapan penerimaan anugerahnya.

Mungkin selepas ini pihak penganjur perlu lebih berhati-hati dalam memastikan para jemputan adalah orang yang benar-benar menghormati sastera dan mempunyai adab dalam majlis. Walauapapun mungkin kita tidak akan ada lagi Sasterawan Negara yang baru untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi, kepada Kemala atau Ahmad Kamal Abdullah, tahniah dan syabas, semoga institusi Sasterawan Negara akan terus mekar dan segar dengan pelbagai dimensi tanpa diselubungi rasa ego dan riak!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tak sekolah agama kot..
sis berkata…
tak belajar di sekolah adab kot..( pendidikan adap adalah dari rumah )

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?