MENGENANG DATUK HASSAN AHMAD

Kali terakhir saya menemui beliau ialah ketika menghadiri Majlis Bahasa anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di mana beliau menyampaikan ceramah kepada penjawat awam Negeri Sembilan. Itu kira-kira dua minggu sebelum ketibaan Ramadan. Seusai majlis ceramahnya saya sempat menghantar hingga ke kereta sambil menitipkan pesanan yang selalu saya ulang ketika bersama beliau. Sejak tahun 2005, sewaktu syarikat yang saya terajui diberi amanah untuk menjadi pengedar buku-buku terbitan Yayasan Karyawan di mana Allahyarham Datuk Hassan Ahmad menjadi penerajunya, saya sentiasa berusaha memenuhi sesi mengadap pada setiap hari Khamis. Seingat saya sesi ini tidak berlangsung hanya jika saya mempunyai mesyuarat rasmi yang tidak dapat dielakkan atau Datuk Hassan berada di luar Kuala Lumpur kerana urusan rasminya. Sesi mengadap setiap Khamis adalah sesi yang sering saya hadiri di pejabat beliau hanya untuk berbual mengenai pelbagai perkara oleh Allahyarham. Kali terakhir sesi i...