BIR YANG HALAL ...

Saya seorang yang sentiasa berusaha mengunjungi pameran khususnya yang diadakan di sekitar ibu kota. Pelbagai pameran, daripada pameran buku, produk halal, jentera malah pernah juga mengunjungi pameran ketenteraan dan keselamatan. Antara pameran yang sering saya kunjungi selain berseorangan atau dengan membawa keluarga saya ialah pameran buku dan pameran produk halal. Khabarnya pameran produk halal yang dianjurkan bertaraf antarabangsa, hal ini memungkinkan syarikat-syarikat luar negara menyertai pameran produk halal ini. Pada satu ketika, sekitar tahun 2009 saya mengunjungi pameran halal bertaraf antarabangsa ini bersama keluarga saya dengan anak-anak saya berusia dari 14 hingga 2 tahun. Pelbagai produk halal yang dipamerkan, malah banyak juga pemamer yang memberikan peluang untuk merasa produk halal mereka sebelum membuat belian. Antara produk yang dipamerkan ialah sebuah jenama bir yang dikatakan tidak beralkohol dan berstatus halal. Saya agak ragu-ragu menge...