LEGA ...

Saya berasa amat lega membaca laporan akhbar bagaimana seorang pegawai bank dipenjara dan didenda kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank. Mangsanya ialah seorang Timbalan Menteri yang maklumat akaunnya didedahkan kepada pihak ketiga seorang penyiasat persendirian.

Pendedahan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain pada saya boleh dianggap sesuatu yang serius kerana boleh menyebabkan rentetan hal-hal yang boleh mengancam nyawa seseorang atau keluarganya, malah pendedahan seumpama ini tentulah juga mampu merobek kredibiliti daan reputasi seseorang khususnya orang politik seperti yang berlaku kepada Timbalan Menteri yang menjadi mangsanya.

Walaupun ini adalah kes pertama seumpamanya yang dibicarakan, saya percaya sebenarnya pelbagai kes seumpama ini pernah berlaku tetapi mungkin tidak menjadi begitu serius kerana mangsanya adalah orang-orang biasa seperti anda dan saya. Berurusan dengan bank di negara kita, dengan tahap kesedaran konsumerisma yang senipis kulit bawang, hal-hal pendedahan maklumat kepada pihak ketiga atas alasan apapun sebenarnya memang banyak berlaku, dengan pebagai kewajaran!

Sebenarnya pendedahan mengenai hukuman ke atas pegawai bank yang dilaporkan di dalam media hanyalah secebis daripada puluhan malah ratusan insiden yang melibatkan ‘orang dalam’ yang mampu menyalurkan maklumat kepada sipeminta untuk pelbagai tujuan yang tidak mungkin dijelaskan. Tidak lama dulu kita pernah juga mendengar kisah bagaimana seorang pelanggan syarikat telekomunikasi membuat pendedahan bagaimana maklumat panggilannya didedahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa penglibatan atau perintah daripada pihak polis.

Negara-negara maju seperti Jerman mahupun Britain memandang serius pendedahan maklumat kepada pihak ketiga, namun di negara kita penjualan maklumat dan data peribadi malah penayangan video lucah mejadi semacam fenomena baru, mungkin ini penanda aras baru demi mencapai status negara maju menjelang 2020!

Saya sebenarnya merasa lega, kerana tidak mungkin selepas ini akaun bank saya didedahkan kepada pihak ketiga, sebabnya baki akhir setiap bulan tidak mungkin melebihi RM5.41!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mujur kena pada menteri..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?