BOCOR, TIRIS & LARI BAJET ...
Bulan ini, bulan kesebelas dalam tahun 2010, saya lari bajet. Bajet saya lari sebab ada hal-hal yang tidak dijangka berlaku dalam keperluan harian. Selepas hampir enam tahun berpindah ke rumah saya sekarang dan ditambah dengan lebih tiga tahun selepas rumah saya siap, saya mengalami kebocoran tangki air yang teruk. Bukan tidak pernah saya mengalami kebocoran tangki air sebelum ini, tetapi mampu saya tangkis dengan meminta hanya untuk dibaiki tanpa perlu menggantikan dengan yang baru. Namun seperti meminjam istilah ‘black Monday’ , tiba-tiba pada pagi Isnin, tangki air saya mengalami kebocoran, air kelihatan menitis dari siling di mana tangki air ditempatkan. Si tukang paip perlu didatangkan bagi melihat masalah ini, dan hasilnya seperti yang dirumuskan tangki air saya tidak mampu lagi untuk diselamatkan. Kos bagi tangki air yang seperti yang sedia ada ialah hampir empat bulan gaji pembantu rumah warga Indonesia (sebelum mereka meminta tuntutan gaji delapan ratus). Wa...