POLITIK CARI MAKAN VS POLITIK BERPRINSIP...




Saya bukanlah ahli MIC, juga bukan ahli UMNO atau mana-mana parti politik di negara ini, yalah saya kena membuat pengakuan sebab nanti kemungkinan saya dipecat pula kerana Presiden MIC sekarang ini ‘Datuk Seri ‘pecat’ Samy Vellu suka memecat, kerana menurut seorang bekas orang kuat MIC, bahawa Presiden ‘pecat’ itu telah memecat lebih dari 100,000 ahlinya sepanjang 30 tahun menerajui parti tersebut. Maka wajarlah beliau diberi penghormatan yang tinggi sebagai Presiden ‘pecat’ MIC kerana jasa-jasa beliau demi memastikan MIC menjadi parti tersohor untuk kaum India di negara ini. Kalau dihitung purata beliau memecat ialah pada kadar 10 orang sehari! Mungkin orang kuat Malaysia Book of Records patut melihat rekod ini sebagai sesuatu pencapaian luar biasa seorang rakyat Malaysia berbanding rekod menyusun duit syiling terpanjang atau rekod bermain galah panjang terlama dan sebagainya.

Ironinya apa yang dilakukan oleh segelintir (kerana menurut Presiden ‘pecat’ MIC itu hanya seorang dua sahaja yang mahukan beliau berundur) dan majoritinya menyokong penuh beliau walaupun beliau tersungkur di lubuknya sendiri ketika PRU 12 yang lalu, namun beliau beranggapan bahawa bukan beliau sahaja seorang Presiden parti yang tersungkur, malah Datuk M. Kayveas (Presiden PPP) dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Presiden GERAKAN) juga sama tersungkur.

Apabila V.Mugilan yang disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor tempohari mengambil pendirian bahawa Presiden ‘pecat’ MIC itu harus berundur pada Julai ini dan bukannya pada September 2011, maka beliau mengwujudkan apa yang dikenali sebagai GAS – Gerakan Anti Samy yang didakwa oleh Presiden ‘pecat’ itu sebagai akan tidak ada orang yang akan menyertainya.

Saya bukan mempertikaikan demokrasi bagaimana Presiden ‘pecat’ MIC itu dipilih tetapi apabila demokrasinya dipertikaikan oleh Setiausaha Agungnya sendiri adalah sesuatu yang luar biasa dan menuntut penjelasan bagaimana tindak tanduk Presiden ‘pecat’ MIC itu dipersoalkan oleh orangnya sendiri. Bagaimana akhbar The Star menyimpulkan sebagai lonjakan moral kepada GAS dengan tajuk besarnya di akhbar hari ini sebagai GAS boost!

Apabila Presiden ‘pecat’ MIC ini dikhabarkan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh V. Mugilan ini bukanlah perkara yang aneh dan ironinya Presiden MIC pada ketika itu telah dinasihatkan berundur oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka semua yang mencintai keharmonian di dalam Barisan Nasional mungkin akan tertunggu-tunggu apakah Perdana Menteri akan melakukan perkara yang sama – menasihati Presiden ‘pecat’ MIC itu berundur secara terhormat atau ‘bukan cara BN mencampuri urusan parti komponennya sebagai pendirian yang selamat!

Akhbar The Star yang menggambarkan lonjakan moral kepada GAS dalam laporan yang sama menyiarkan juga bagaimana ketiga-tiga Naib Presiden parti MIC menyuarakan ketidakpuasan hati tindak tanduk Setiausaha Agungnya menyatakan pendirian secara terbuka terhadap apa yang disifatkan sebagai ketidak adilan terhadap pemecatan empat pemimpinnya tanpa diberikan peluang untuk membela diri mereka. Saya percaya jika parti MIC mempunyai orang seperti S. Murugesan, maka 99996 orang ahli MIC dapat diselamatkan dari dipecat oleh Presiden ‘pecat’ MIC itu! Adakah Naib-naib Presiden benar-benar menyuarakan pendapat mereka atau kerana mereka bijak berpencak politik atau dalam bahasa yang kasar – politik cari makan berbanding dengan S. Murugesan yang berpolitik secara berprinsip, era bagaimana sesebuah parti diterajui oleh orang lama yang mempraktikkan politik cara lama dan lapuk sudah berakhir, lihat sahaja bagaimana parti-parti komponen yang lain misalnya UMNO, MCA dan GERAKAN telah lama melalui perubahan dan corak kepimpinannya, selamat berundur secara terhormat Datuk Seri S. Samy Vellu!

Apakah beliau bersifat adil kepada Timbalannya yang akan memangku tugas Presiden dalam tempoh kurang setahun sebelum PRU 13 berlangsung, atau apakah ahli-ahli MIC mahu dilihat tidak begitu layak (termasuk Timbalan Presidennya sekarang) sehingga Presiden ‘pecat’ MIC itu menerajui parti sehingga tahun ke-33!

Ulasan

haji manap berkata…
Salam tuan, dah jadik blog politik lak plak, walau apapun saya fikiran kritis tuan, saya percaya tulisan ini merujuk bukan saja kepada parti MIC malah semua rakyat ...
wanman68 berkata…
betul tuan haji manap.. kali ni tersentuh bab politik pulak..
pada saya inilah kekuatan kuasa sebab itulah manusia ramai yang gila kuasa. Dengan kuasa walau seramai mana yang kata tidak, tetapi kalau yang ada kuasa kata ya, sapa yang mampu lawan. Sebenarnya hanya DIA yang maha berkuasa, sedarlah wahai manusia
anti samy berkata…
ayoyo samy apa sudah jadi u punya orang pun tak mau sama u..
anep berkata…
ini gambar panas mungkin ditujukan kpd pencacai poltik..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?