SAYA, AKU & WANITA ...

Kathryn Bigelow - Calon Pengarah Terbaik - The Hurt Locker

Bulan Mac memang bulan wanita untuk saya – ini kerana dua wanita dalam hidup saya merayakan ulangtahun kelahiran mereka dalam bulan Mac. Anak perempuan tunggal saya pada 10 Mac dan ibunya sehari selepas itu. Ironinya bulan Mac juga bulan meraikan Hari Wanita Antarabangsa, iaitu pada setiap 8 Mac saban tahun.

Hari Wanita Antarabangsa diraikan pada setiap 8 Mac untuk memperingati pencapaian ekonomi, sosial dan politik kaum wanita sejak dahulu, kini dan akan datang. Tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini ialah Kesamarataan Hak dan Peluang: Kemajuan Untuk Semua. Walaupun di negara kita tidak diisytiharkan sebagai cuti umum seperti di China dan Rusia yang menjadikan Hari Wanita sebagai cuti umum, namun pengiktirafan pihak Kerajaan terhadap golongan wanita tidak perlu dipertikaikan.

Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan hari ini mungkin akan lebih bermakna jika pengarah wanita yang dicalonkan – Kathryn Bigelow melalui filem arahannya, The Hurt Locker dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dalam Anugerah Akademi Ke-82, sekaligus melakar sejarah dalam penganjuran Oscar kerana buat pertama kali mengiktiraf wanita sebagai Pengarah Terbaik.

Walauapa pun, Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di mana sahaja berada.

Ulasan

anep berkata…
salam tuan, calon pengarah wanita terbaik berusia hampir 60 tahun, tapi lihatlah rupanya..manis..Selamat Hari Wanita
alim berkata…
Tahniah tuan, kerana calon yg diwar-warkan menang ...
sarip dol berkata…
Salam tuan, harapan yg tepat..
ira berkata…
Akhirnya apa yang lebih manis menghadam kemenangan wanita pada Hari Wanita A'Bangsa.Tahniah atas harapan.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?